Penyanyi Syamel memohon doa ramai untuk kesembuhan ibunya, Wan Faaizah Karim, 55, yang kini terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen dalam badan.

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly,28, menerusi Harian Metro memaklumkan ibunya kini sudah tiga minggu dimasukkan hospital dan kini berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, Syamel menafikan ia disebabkan jangkitan Covid-19.

“Sudah 3 Minggu Masuk Hospital Dan Sejak Seminggu Lalu, Dia Terpaksa Ditidurkan,” – Syamel Maklum Keadaan Ibu, Pohon Doa Ramai

“Sudah tiga minggu ibu masuk hospital dan sejak seminggu lalu, dia terpaksa ditidurkan. Ini kerana dia kini terpaksa bergantung dengan bantuan pernafasan kerana kekurangan oksigen dalam badan.

“Puncanya pun kami tak tahu apa. Selama ini, dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini pertama kali dia dimasukkan wad sepanjang hidupnya.

IKLAN

“Harap semua dapat mendoakan agar kesihatan ibu saya kembali pulih. Doakan juga kesejahteraannya,” katanya.

Suami kepada penyanyi, Ernie Zakri itu turut berkongsi hal berkaitan selain dan meminta doa semua menerusi Instagram Stories.

“Sudah 3 Minggu Masuk Hospital Dan Sejak Seminggu Lalu, Dia Terpaksa Ditidurkan,” – Syamel Maklum Keadaan Ibu, Pohon Doa Ramai“Sudah 3 Minggu Masuk Hospital Dan Sejak Seminggu Lalu, Dia Terpaksa Ditidurkan,” – Syamel Maklum Keadaan Ibu, Pohon Doa Ramai

Sementara itu, penyanyi lagu Lebih Sempurna itu juga reda tidak dapat melawat ibunya di hospital disebabkan situasi pandemik Covid-19 ketika ini seterusnya mengharapkan agar pernafasan ibunya akan cepat kembali baik.

IKLAN

“Sehingga kini saya belum dapat melawat ibu kerana terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) hospital. Pihak hospital memang tidak benarkan ahli keluarga melawat lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid-19 sekarang.

“Doktor nasihatkan ibu terpaksa ditidurkan. Ini kerana golongan usia sebegitu banyak menggunakan oksigen walaupun bergerak sedikit. Kalau dia boleh bernafas sendiri dalam 40 peratus pun doktor kata sudah okay,” katanya.

“Sudah 3 Minggu Masuk Hospital Dan Sejak Seminggu Lalu, Dia Terpaksa Ditidurkan,” – Syamel Maklum Keadaan Ibu, Pohon Doa Ramai

IKLAN

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Sudah 3 Minggu Masuk Hospital Dan Sejak Seminggu Lalu, Dia Terpaksa Ditidurkan,” – Syamel Maklum Keadaan Ibu, Pohon Doa Ramai

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI