Aduh terkejut MH melihat posting yang dikongsikan sendiri oleh Elyana, mana tidaknya tiada angina tiada rebut tiba-tiba sahaja ada pula netizen yang maki penyanyi Kalis Rindu ini secara terang-terangan.

Semua ini gara-gara sebelum ini Elyana ada memuat naik sekeping gambar di Instagram dengan kapsyen yang membawa maksud dia enggan mengambil pusing tentang mulut masyarakat yang mengata tentangnya.

‘Such A Bi**h! No Manners, Dah Tahu Nak Mati Pergi Dekatkan Diri Dengan Allah’ Netizen Maki Elyana!

“Aku tidak peduli dengan mulut orang.Kerana bukan mereka yang memberi mulut ku makan ?????????Aku bukan orang yang baik.Tetapi aku tidak suka menentukan orang lain jahat atau pun baik,” tulis Elyana di Instagram.

IKLAN

Namun tiba-tiba ada pula seorang netizen yang mengamuk dan memaki hamun Elyana.

Apa yang MH rasa tidak patut gadis ini menggelarkan Elyana dengan panggilan yang tidak baik dan turut memanggil penyanyi ini dengan panggilan ‘bodoh’.

Aduh melampau-lampau!

IKLAN

Bagaimanapun Elyana menjawab komen keji dari netizen ini dan berkata dirinya juga mempunyai perasaan. Malah Elyana turut berkata sebagai selebriti tak kan lah dirinya langsung tidak boleh memberla dirinya ketika orang ramai sedang rancak menghinanya.

Malah, Elyana turut berkata susah untuk dirinya memaafkan individu seperti ini.

IKLAN

‘Such A Bi**h! No Manners, Dah Tahu Nak Mati Pergi Dekatkan Diri Dengan Allah’ Netizen Maki Elyana!

Haish macam-macam lah sesetengah netizen ni! Rasanya kalau nak tegur tu biarlah dengan caranya, kalau perkara ini terjadi pada diri sendiri tahu pula nak melenting kan?

Buat Elyana bersabarlah, usah dilayan orang seperti ini kerana mereka hanya mahukan perhatian sahaja.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI