Semi final program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) menyaksikan penyanyi yang cukup sinonim menerusi lagu Ghazal Berkasih, Syura Badron mendedahkan mengalami penyakit misteri sejak beberapa bulan lalu hingga menjejaskan prestasinya di pertandingan realiti berkenaan.

Tidak mahu menjadikan alasan tersebut sebagai penghalang kepada persembahannya pada malam itu hingga menyekat peluangnyau untuk ke peringkat akhir, penyanyi berusia 32 itu bagaimanapun mengakui tiada rezeki untuk mara ke final memandangkan barisan finalis lain telah memberikan persembahan memukau sekaligus memikat hati juri profesional.

Suara Tak Keluar Dan Badan Rasa Kebas, Syura Risau Alami Penyakit Misteri!

IKLAN

“Saya akui agak terkebelakang jika nak dibandingkan dengan peserta lain yang bertanding. Apa pun saya sedar ini adat bertanding dan saya positif. Ini pastinya bukan penamat buat segalanya. Masih ada rezeki di luar sana, InsyaAllah. Tapi itulah, kenangkan pelbagai masalah yang berlaku termasuk hal gangguan misteri buatkan segalanya berjalan seperti yang bukan diharapkan,” katanya kepada MH.

Meluahkan mengenai apakah sebenarnya yang berlaku, Syura memberitahu penyankit tersebut ‘hadir’ sejak beberapa bulan lalu apabila dia turut ditegur orang sekeliling mengenai perubahan diri, termasuk berat badan yang kian susut.

Meski tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara bukan-bukan mengenai perkara tersebut, penyanyi itu mengakui wujud perkara pelik terjadi padanya.

IKLAN

“Saya perasaan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, suara saya pandai hilang pada waktu pagi. Malah, badan sebelah kiri juga kerap rasa kebah. Saya tidak mahu fikirkan ia sangat. Malah apabila terserempak dengan Datuk Fadzilah Kamsah beberapa minggu lalu di Astro, dia ada meluahkan sesuatu kepada saya. Masa tu, Siti Nordiana pun ada. 

 

“Dia tanya sama ada saya ada alami apa-apa mimpi buruk. Saya kata tak ada. Sebab katanya bila tengok saya, dia macam rasa seram,”kongsi Syura yang turut mengakui, sudah ada perancangan untuk berubat namun kesibukan bertanding dalam GV4 mengekang dirinya.

 

“Pada masa sama, sejak alami penyakit misteri itu, saya juga kerap berpeluh, lebih-lebih lagi ketika melakukan persembahan. Sebelum ini saya tidaklah alami masalah sedemikian dengan teruk. Berat badan pun mulai susut,”jelas Syura.

Pengakuan penyanyi berkenaan juga turut boleh diikuti menerusi Live FB Media Hiburan.

Dalam perkembangan lain, Syura memberitahu, sudah pun merancang mahu merakam single terbaru, tetapi kali ini dia perlu memilih lagu yang benar-benar memenuhi cita rasa pencinta muzik semasa.

IKLAN

Ketahui apa sebab Syura tersingkir di semi final GV4 dan ikuti pengakuan Syura mengenai gangguan misteri yang turut dihadapinya!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 10 December 2017

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI