“Suara Sumbang, Pakaian Tak Ikut Syariat…,” – Antara Komen ‘Mulut Jahat’ Netizen Pada Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berdepan dengan kritikan netizen gara-gara memuat naik foto ‘outfit of the night’ (OOTN) semassa menghadiri Anugerah Bintang Popular ke-31 (ABP) di laman Instagramnya.

Nabila anggun mengenakan busana serba merah jambu berserta tudung berona sama ketika melalui karpet merah anugerah berprestij tersebut.

“I’m in pink!,” tulisnya.

Susulan itu, kebanyakan netizen memohon agar Nabila melabuhkan tudungnya agar mengikut syariat yang ditetapkan dalam Islam.

IKLAN

Dalam pada itu, Nabila juga turut menerima kritikan netizen usai persembahannya bersama penyanyi, Ismail Izzani di atas pentas.

IKLAN

Pada MH, persembahan Nabila dan Ismail sangat menghiburkan pada malam semalam, namun mungkin masih ada yang tak kena di mata netizen. Apa-apapun, semoga Nabila jadikan kritikan netizen ini sebagai pendorong untuk menjadi lebih baik lagi pada masa hadapan ya. All the best!

Foto/Instagram: Nabila Razali