Penyampai radio, Fizi Ali mendedahkan dirinya sudah pun berhenti merokok secara drastik lebih lima bulan lalu atas kesedaran terhadap kebersihan apabila menjaga anaknya, Ameena Sofia, 4 bulan.
Malah katanya kepada MH, dirinya mulai sedar akan kepentingan berhenti merokok selepas rasa leceh perlu bersihkan diri setiap kali mahu memangku pertama hatinya itu.
“Saya mula hisap rokok pada usia 13 tahun. Boleh dikatakan sejak itu purata saya hisap rokok sampai boleh habiskan sekotak setengah sehari.
“Memang agak teruk dan ketagih waktu tu. Akan tetapi apabila sudah kian matang malah bila sudah ada keluarga sendiri ni, ia secara perlahan-lahan tabiat berkenaan sudah boleh dikikis.
“Malah kalau nak dukung anak pun, tangan masih bau rokok. Kena cuci bersih-bersih sebelum belai anak, jadi hal tersebut buatkan saya rasa leceh,” dedah Fizi.
Ditanya apa caranya dalam mengikis tabiat merokok, suami kepada pelakon Shakilla Khoriri ini mengakui dia mulai mendapatkan produk alternatif berhenti merokok, NCIG selepas diperkenalkan rakan.
Ads
“Ada dua sebab yang buatkan saya mampu untuk berhenti hisap rokok iaitu NCIG dan kesedaran bila sudah ada anak.
“Kalau nak diikutkan sewaktu anak baru lahir, saya kerap merokok akan tetapi bila setiap kali nak pegang dia saya kena mandi.
“Jadi sejak itulah saya cuba alternatif lain sehingga saya bertemu dengan NCIG. Kiranya ia berjaya buatkan saya berhenti merokok,” jelasnya lagi.
Terdahulu Fizi ditemui media pada majlis pelancaran cawangan kedua produk berkenaan di Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Turut sama meraikan majlis pembukaan termasuk Amer Forteen, pelakon Iswan Ismail, Joe Flizzow dan Sharnaaz Ahmad.
Ads
Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran NPOD perisa terbaru, Roast Coffee yang menyertai siri NPOD sebelum ini iaitu Fine Tobacco, Lush Manggo, Red Vanilla, Cool mint, Buttery Toffee dan juga Grape Noir.
KetuaPegawaiEksekutifNCIG, ShariffuddinBujangberkata, pembukaancawanganterbaru itu dinanti-nantikandanNCIG menyasarkanuntukmembukalebihbanyak cawanganlagi selepas ini.
“Tahunini, kami bakalmembukatigalagibuahcawanganbarudi Lembah Kelang, PantaiTimur, dan Wilayah Selatan, untukkemudahanagen, pengedardanpelanggan kami,” jelasnya.
Ads
Sementara itu, Shariffuddin turut memberitahu mengenaipakejSpecial Edition terhad bernilai RM300 denganhargapromosi RM180, khusussebagaihadiahuntuk orang tersayang yang ketagihanrokok bersempena bulan kemerdekaan.
Dalam perkembangan lain, Fizi kini sedang dalam perbincangan untuk mengacarakan sebuah program televisyen terbaru.
“Ada beberapa projek yang masih di peringkat perbincangan. Cumanya saya masih belum boleh untuk perincikan mengenai perkara tersebut.
“InsyaAllah kalau semuanya berjalan lancar saya mungkin akan muncul menerusi sebuah program berbentuk masakan.
“Cuma tak berani lagi untuk kongsinya lagi,” katanya yang sebelum ini pernah membuka gerai makanan sendiri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan pada 18 Ogos lalu, Intan Najuwa ada merakam video pertama bersama tunangnnya, Razrul Anwar Rusli.
Berlatarbelakangkan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng, pelakon drama bersiri Tuan Danial ini dilihat gembira sambil merakam video di dalam kereta bersama Razrul yang juga seorang ahli perniagaan asal Kedah.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang meninggalkan komen kesat berikutan kereta yang dinaiki Intan merupakan sebuah kereta mewah.
Malah, ada yang menyifatkan pelakon berusia 22 tahun itu sebagai mata duitan.
Tidak hanya berdiam diri, Intan telah memuat naik status di Insta Storiesnya.
“Kenapa lelaki-lelaki Melayu semua panas bontot lepas tngok new post I?
“Hahahha! Dah2 pergi kerja,” tulis Intan.
Terdahulu, Intan, 22 dan Razrul, 38, mengadakan majlis pertunangan di Hotel Thistle, Johor Bahru dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.
Pencinta sukan bola sepak Malaysia hari inj dikejutkan dengan pemergian pemain bola sepak Malaysia dan penjaga gol utama pasukan Terengganu FC (TFC), Mohd Suffian Abdul Rahman, 41.
Arwah dikhabarkan terlantar di hospital sejak dua minggu lalu akibat masalah jantung.
Atas perkhabaran dukacita itu, rakan atlet turut sama merakamkan ucapan takziah buat Allahyarham dan keluarga.
Baru-baru ini, pelakon Faye Kusairi ada berkongsi satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil memaklumkan, dia mengamalkan permakanan jamu demi menjaga kesihatan dan kecantikan luaraserta dalaman.
Malah, suami kepada bintang drama bersiri Setelah Cinta Itu Pergi tidak terkecuali dari mengamalkan permakanan jamu, kongsi Faye lagi.
Pelakon yang berasal dari Kuching, Sarawak ini juga memaklumkan kaum lelaki juga digalakkan mengamalkan pengambilan jamu.
“Morning shot of @aurakasihhq Yes, suami saya pun amalkan pemakanan jamu yg diperbuat dari buah buahan. Bukan calang2 buah ye..
“nop. bukan buah dada TAPI buah2 sunnah seperti buah kurma, buah delima, buah markisa, buah oren, cuka delima dan lain,” tulisnya.
Untukrekod, Faye mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hata pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...