“Suami Saya Terlibat Dalam Kemalangan Dan Selesai Menjalani Pembedahan Malam Tadi,” – Isteri Fedtri Yahya

Share

Pengacara dan penulis lirik, Fedtri Yahya dilapor telah terlibat dalam kemalangan dan sudah pun menjalani pembedahan malam tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh isterinya, Anati Ismail menerusi akaun Instagram dan Twitter milik Fedtri.

Meminta ramai agar mendoakan kesembuhan suaminya, Anati turut menjelaskan Fedtri mengalami kecederaan di bahagian wajah.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya,  terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

“Banyak kecederaan di muka – semuanya sudah dijahit sempurna.

“Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian tersebut rakan selebriti termasuk peminat mendoakan agar bintang itu kembali sembuh dan dipermudahkan urusan.

Bagaimanapun, punca kemalangan tidak diperincikan.

Foto: Instagram Fedtri Yahya

IKLAN