Apabila sudah sah bernikah antara pasangan suami dan isteri ini bermakna isteri merupakan hak sepenuhnya buat suami dan begitu juga suami menjadi hak si isteri.

MH percaya tiada isteri di dunia ini yang sanggup melihat suaminya disentuh oleh wanita lain.

Baru-baru ini MH ada terlihat satu posting artis popular, Abby Abadi di Instagram yang berkongsi nasihat buat para isteri di luar sana supaya menjaga suami dan suami adalah hak eksklusif buat isteri.

IKLAN

“Suami kita @jaiezzany ?
S U A M I kita
Hak exclusif kita
Itu mahalnya bila dah sah
Segalanya H A L A L ?
Jangan bagi perempuan lain pegang suami kita
Jangan bagi suami peluk perempuan lain
Jangan bagi suami dukung perempuan lain
Jangan bagi perempuan lain
Pakaikan baju, makeup suami kita
Jangan jangan jangan
Itu ‘mengundang namanya ?

 

“Walaupun sekadar lakonan
Atau sewaktu persembahan nyanyian
Atau waktu bekerja
Dipejabat outstation & sebagainya
Syaiton tetap sukaaaaaa
Nampak mcm2 takde pape
Tapi sebenarnya sebesar2 maksiat
Yg buat ALLAH murka
Beringat sentiasa ☺,” tulis Abby di ruang kapsyen perkongsiannya.

Nampaknya rata-rata pengikut Abby juga turut bersetuju dengan nasihatnya.

miraedora761: Betul tu kak abby walau pun berlakon tetap haram rezekinya.takut sangat makan rezeki haram ni.

IKLAN

farmasifajr_gongbadak?: bagus nasihat ni.straight to the point.Dakwah telus…

IKLAN

jahit_pukal_qaleecollection: deep sgt kak abby.. ble brdua tp sbenarnya brtiga ” haram syaitan mmg suka .. kn kak abby ..mohon allah jauhkn dri maksiat daripda family & saudara islam kita @abby_abadi112

MH pun setuju dengan Abby, buat para isteri di luar sana jagalah suami korang sebaik-baiknya ok. Ingat pesan Abby tu, jangan bagi perempuan lain pegang suami kita!

Sumber: Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI