“Saya dinasihatkan untuk tidak melihat kritikan negatif.” Itu reaksi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Noraniza Idris apabila ditanya sejauh mana persediaannya untuk berdepan kecaman netizen sejurus minggu pertama bermula 11 Oktober depan.
Katanya, dia mengambil pendirian tersebut kerana tidak mahu perkata itu mengganggu emosi sepanjang pertandingan.
“Ia boleh ganggu emosi. Bagaimanapun, kritikan yang membina saya akan ambil, yang negatif saya elakkan untuk baca.
“Saya mudah dipengaruhi dan bila bacanya di media sosial misalnya, akan rasa sedih.
“Saya percaya orang akan hentam, keluarkan cerita lama dan sebagainya. Jadi lebih baik untuk tidak ambil pusing,” katanya.
Ads
Bersikap terbuka menerima komen daripada juri profesional selepas ini, penyanyi senior yang cukup sinonim dengan lagu Irama Malaysia ini turut mendedahkan, keputusannya untuk bertanding tidak dibuat dalam masa singkat.
“Untuk terima komen daripada juri profesional saya tiada masalah. Mereka tahu apa yang mereka buat dan saya percaya reaksi mereka selepas kita selesai buat persembahan adalah untuk mendidik.
“Jujurnya juga, saya sebelum ini memang katakan tidak untuk sertai program ini meski sudah beberapa tahun pihak produksi ada pelawa untuk bertanding.
“Sehinggalah pada hari terakhir pengesahan, akhirnya saya bersetuju.
Ads
“Malah suami turut buat solat sunat dan dia beri keizinan selepas beberapa persoalan dijawab dengan baik pihak pengurusan, Mind Order.
“Setelah berbincang dan dipujuk mereka, saya terbuka hati kerana diberikan motivasi. Mereka minta saya bukakan minda, pandang ke depan selepas menyertai GV.
Ads
“Saya pernah masuk pertandingan nyanyian dan sedia tahu akan tekanan yang bakal dihadapi apatah lagi bakal menyanyikan lagu yang belum pernah dinyanyikan.
“Cuma saya lebih selesa meletakkan ia bukan sebagai pertandingan, tetapi sebagai satu program persembahan.
“Malah saya sendiri akan ikuti kelas vokal yang disediakan pihak pengurusan,” katanya yang turut mendapat sokongan daripada anak-anak.
Noraniza ditemui pada sidang media memperkenalkan 14 peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur pada Selasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program hiburan, Big Stage 2020 menyaksikan lima peserta lelaki yang bersaing berjaya mara ke peringkat akhir selepas satu-satunya peserta wanita yang lolos ke semi final, Farisha Iris dimumkan tersingkir.
Lima finalis lelaki yang akan berentap di malam kemuncak Big Stage 2020 minggu depan ialah Usop, Azzam Sham, Fadh Majid, Qody Rany dan Dinie Rashid.
Sementara itu pada malam tadi, Farisha membawakan dua buah lagu iaitu Semalam yang dipopularkan oleh Aina Abdul dan persembahan duet bersama Syamel menerusi lagu Ratusan Purnama.
Juara Big Stage tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, manakala tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000 masing-masing.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 16 Ogos 2020 lalu jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas fesyen terkenal yang pemilik bersama jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah pun selamat bersalin, figura ini ada memuat naik foto keluarga kecilnya di Instagram.
Meramkan foto bertiga saat isterinya masih lagi berada di katil hospital, para pengikutnya tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah atas kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Rizqaa itu.
Selebriti versatil, Zulin Aziz ada berkongsi satu rakaman video yang di muat naik oleh seorang jurumekap terkenal dari Indonesia di Instagram.
Menerusi entri berkenaan, jurumekaptersebut telah menata rias wajah seorang gadis yang hasilnya saling tak tumpah dengan wajah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Lalu, Zulin meluahkan rasa kagum apabila melihat bakat hebat yang ditonjolkan oleh jurumekap yang dikenali sebagai Lucky Hakim itu.
“Kita mintak dia makeup macam @ctdk . Ya Allah terima kasih.
“Talented betul! Tengok instagram dia,macam2 rupa artis dia boleh buat.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.