Pelakon Uqasha Senrose terkilan dengan segelintir pihak yang dipercayai membuat andaian tidak betul susulan insiden yang berlaku terhadap suaminya, Kamal Adli yang dipukul sehingga cedera parah dalam satu kejadian di Singapura, pada Ahad.
Uqasha menjelaskan meski individu yang memukul suaminya itu difahamkan warganegara Singapura, namun dia sesekali tidak menyatakan semua rakyat negara di negara itu sedemikian.
Tegas Uqasha menerusi perkongsian di Insta Stories, jika tiada perkara baik untuk dikatakan, dia menasihati semua supaya mendiamkan diri.
“Maaf kalau kali ini aku jadi mulut jahat atau puaka! Suami aku kena pukul dengan orang Singapura, memang warga Singapura. Aku sendiri tengok kad pengenalan dia.
Ads
“Tapi aku tak cakap semua orang Singapura jahat atau whatsoever! Lelaki yang libas suami aku pakai cota besi, dia siuman dan normal!
“Kalau tiada benda yang elok atau baik nak cakap jangan cakap apa-apa. Suami aku berdarah depan mata aku.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram dirinya sedang menangis dan memaklumkan suaminya telah diserang seorang individu lelaki tidak kenali sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Menurut Uqasha, ketika kejadian ada seorang lelaki yang mencari suaminya, menyangka lelaki tersebut seorang peminat Kamal yang ingin mengajak bergambar bersama.
Ads
Namun, secara tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan cota besi daripada poketnya lalu bertindak memukul Kamal.
Kamal kini sedang menerima rawatan di hospital Singapura dan terpaksa menjalani pembedahan.
Pelakon Hafidz Roshdi yang kini berdepan kemelut rumah tangga bersama Nurul Shuhada Mat Shukri tampil memberikan surat terbuka kepada ibu kepada sepasang anaknya itu.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Instagram hari ini, Hafidz menjelaskan kecenderungan Shuhada atau Shu yang berkongsi kisah terkait di media sosial didakwa boleh membuka kepada spekulasi yang tidak sahih.
Antara lain, Hafidz menyebut perkongsian Shuhada pada 5 Mac lalu yang turut difahamkan menyentuh keluarga pelakon berkenaan.
“Shu, saya memilih untuk berdiam diri selama ini walau pelbagai fitnah telah awak taburkan. Saya tahu segala apa yang awak canangkan, tidaklah semuanya benar maka saya terpaksa menulis di sini, kerana awak sendiri yang telah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan secara kekeluargaan.
“Shu, saya jaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan awak sebagai isteri selama ini. Kita tidak sempurna. Saya hadap segala caci dan maki atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.
“Sebagai insan yang lemah, kita berdua tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Agak malana. janva meniadi diluar kawalan.
“Awak lebih cenderung untuk menyatakan isu rumah tangga kita di dalam media sosial. Kecenderungan bersifat membuka aib hingga membuka ruang fitnah.
“Apabila awak mula mencanang fitnah dan kenyataan palsu tentang keluarga saya, awak sudah melampau dan saya tidak lagi boleh berdiam diri.
“Penerbitan status Instagram awak bertarikh 5 Mac 2023 telah mengaitkan dan mengaibkan seluruh keluarga saya.
“Antara butirannya, status Instagram awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh keluarga saya bersifat toksik. lanya jelas dan nyata, satu fitnah,” tulisnya.
Susulan itu, Hafidz mendedahkan keselamatan ahli keluarganya yang lain terjejas dan meminta semua pihak untuk berhati-hati dalam menulis apa sahaja komen mengenainya.
Malah, isu berkenaan masih dalam siasatan dan bakal diadili pihak berkuasa.
“Rentetan status Instagram awak itu, maka ada pihak lain yang telah menggunakan gambar saya, awak dan seisi keluarga saya merujuk kepada topik atau kandungan tersebut.
“Kini, keselamatan dan kesejahterdan serta ketenteraman seluruh keluarga saya telah terjejas atas tindakan awak.
“Saya berharap agar semua pihak lebih berhati-hati untuk tidak memberi sebarang komen apabila tidak tahu menahu kebenaran yang berkaitan dengan isu membabitkan urusan rumahtangga kami berdua.
“Kini, isu dan kes rumahtangga kita adalah di dalam penyiasatan pihak Polis dan akan diadili di dalam Mahkamah tidak lama lagi.
“Demi menjaga kesejahterdan dan keselamatan diri dan seluruh keluarga saya dengan rasa rendah diri memohon dan memberikan tempoh 48 jam dari sekarang bagi Shu dan mana-mana pihak untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarga saya berkaitan dengan isu/kes rumahtangga saya ini.
“Saya juga mahu agar permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh pihak awak. Sekiranya tidak, saya mahu semua memahami situasi saya.
“Saya terpaksa mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mereka yang telah menyentuh maruah dan privasi keluarga saya.
“Saya mash lagi Abah kepada anak-anak saya.
Kesejahteraan dan keselamatan mereka adalah objektif utama hidup saya. Saya juga ingin terus mencari nafkah yang halal untuk tidak mengabaikan tanggungjawab saya terhadap mereka.
“Saya memohon jasa baik mana-mana pihak untuk menghormati urusan dan keputusan saya demi kesejahteraan dan keselamatan keluarga masing-masing,” jelasnya lagi.
Hafidz pada masa sama turut meminta maaf pada ahli keluarga yang turut menerima tempias atas hal yang berlaku.
“Kepada Abah, Mak, kedua-dua Mertua dan seluruh keluarga saya, Hafidz memohon jutaan kemaafan kerana secara langsung atau tidak sengaja atau tidak, telah melibatkan semua di dalam urusan dan is rumahtangga Hafidz.
“Apapun saya percaya rang perdamaian mash terbuka. Semoga kesejahteraan dan keselamatan kita semua di bawah lindungan Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin. Sekian Terima kasih,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“As Salam Bro Sharnaaz, terima kasih banyak-banyak sahabatku kerana telah meluangkan masa untuk menulis nota yang sangat bermakna bagi menjalani proses ini,” tulisnya
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Pusaka itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Hafidz turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan yang terbaik buat dirinya selama ini.
“Saya sangat tersentuh. Tidak lupa juga kepada rakan selebriti, rakan-rakan, peminat, ahli keluarga dan media yang sentiasa mendoakan baik-baik buat Hafidz.
“Hanya Allah SWT dapat membalas jasa kalian,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi satu hantaran di Instagram Story pada Selasa, Sharnaaz mendoakan agar Hafidz dapat kembali sembuh seperti sedia kala seterusnya memperbaiki semula segala kesilapan di dalam hidupnya.
Malah, Sharnaaz turut menyeru para pengikutnya untuk tidak menghantar komen-komen berbaur kebencian terhadap Hafidz.
Pada 13 Mac lalu, Hafidz telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan Nurul Shuhada dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor pada 2 Mac lalu.
Hafidz mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib.
Mahkamah memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri dan pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak pada 28 Mac ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Puteri Sarah berkongsi mengenai watak yang dibawa menerusi naskhah terbaharu lakonannya, Hijrah Jannah yang kini sedang sedang dalam penggambaran.
Menurut Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, karektornya kali ini bersifat psiko.
“Character Munirah is a psycho b***h! Hopefully tak terbawa ke real life Puteri Sarah,” tulisya menerusi paparan gambar di Insta Stories, hari ini.
Difahamkan menerusi drama tersebut, Munirah memainkan watak wanita yang menjalani kehidupan berpoligami.
Selain Puteri Sarah, turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah Remy Ishak dan pendatang baharu, Daniella Sya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.