
Pengarah dan penerbit, Michael Ang menerusi satu pautan di Instagram meluahkan rasa apabila keadaan rambutnya yang semakin panjang.
Dalam pada itu, pengarah drama bersiri Sweet Dreams ini ada bertanya untuk menukar gaya rambut kepada botak sekiranya berjaya meraih 3000 tanda suka dari kalangan pengikutnya.
“Salam semua! Stress dgn rambut aku. Haruskah aku botak kan rambut aku? Cuba comment sikit!
“Kalau aku dpt 3k like aku take it u all setuju la! Luv u all n stay safe,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat bersetuju jika Michael membotakkan kepalanya.
Video: Instagram Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa-Apa Jadi Kau Nak Tanggung?,’ – Netizen Sound Hingga Tergamak Tulis ‘Beruk’, Ayu Damit Bidas Individu Biadab!

Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit menempelak seorang pengguna Instagram gara-gara meninggalkan komen seolah-olah menyindir mengenai pendapatnya berhubung pemberian vaksin terhadap kanak-kanak yang disiarkan menerusi satu portal hiburan baru-baru ini.
Jelas Ayu, anak-anaknya memang mempunyai daya tahan badan agak lemah dan perlu menunggu keputusan laporan kesihatan mereka sebelum menerima vaksinasi bagi mengekang penularan Covid-19.
“Saya ni bukan anti vaksin. Saya dan suami pun dah lengkap 2 dos. Tapi saya sebagai penjaga kena fikir juga. Saya tak kata pun tak bagi anak-anak cucuk!! (vaksin). Cuba baca artikel itu betul-betul.
“Dan anak saya memang anti-bodi dia lemah jadi kau nak cakap apa. Kalau jadi apa-apa kau nak tanggung ke? Nanti masing-masing cakap ini takdir kena terima. Sebelum jadi apa-apa saya buatlah ‘medical check up’ untuk anak-anak saya.
“Saya tengah tunggulah ni result dari doktor. Kalau okay saya cucuk. Kalau tak okay saya cucuk hidung kau,” tulisnya lagi.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hanya Di Mercu ini menerusi Insta Stories.
Dia pada masa sama mendedahkan, apa yang dilakukan adalah sebagai ikhtiar dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
“‘Bukan mati pun’ katanya. Memang itu semua takdir Allah SWT. Tapi saya ni ibu, anak-anak pun masih ada bapa. Tak salah untuk kami nak yang terbaik untuk anak.
“Kalaulah awk jadi ibu atau bapa lepas ni, kalau orang cakap benda sama awk terkilan tak? Saya bukan anti atau tolak org yg tak ambik vaksin juga. Tapi ini sebagai ikhtiar saya untuk anak-anak.
“Kalau aku cakap ‘anak aku, suka hati akulah.Pun akan ada yang tak puas hati kan? Tak faham kadang setengah manusia ni. Kau nak apa sebenarnya!?,” tulisnya lagi.
Malah menerusi status berlainan, Ayu turut memuat naik tangkap layar komen lain iaitu ‘Beruk2 artis semua perangai macam ni ke.’
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
19 Tahun Kahwin, Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai

Selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar disahkan bercerai dengan suaminya, Azri Iskandar dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada pagi Selasa.
Memetik laporan Getaran, Ellie berkata perceraian itu terjadi kerana mereka sudah tidak serasi untuk meneruskan kehidupan bersama.
Ellie, 52, terlebih dahulu memfailkan permohonan cerai terhadap Azri, 54, sebelum bulan Ramadan tahun ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.
“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. Ini keputusan yang sukar tapi saya sudah fikirkan semasak-masaknya. Jodoh kami sampai sini sahaja.
“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya,” katanya.
Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13 tahun.
Ellie yang bakal muncul dengan filem Telaga Suriram berharap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walaupun Hubungan Halal Kami Dah Terputus, Tetapi…,” – Sheeda Bercerai, Tak Timbul Isu Orang Ketiga

Penyanyi dangdut yang cukup sinonim menerusi lagu Angkat Kaki, Sheeda mendedahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suami, Sukri Hashim sejak lapan bulan lalu.
Memetik Harian Metro, bintang berusia 56 tahun itu menjelaskan kes perpisahannya berlaku secara baik menerusi keputusan mahkamah.
“Di antara kami, tidak timbul masalah rumah tangga atau orang ketiga tetapi cukuplah saya katakan pengorbanan.
“Selama 12 tahun hidup bersama, bekas suami saya memang lelaki yang baik dan sangat penyayang.
“Cuma, sudah tiba masa untuk kami membawa haluan masing-masing ke arah kehidupan lebih baik,” katanya seperti yang dipetik.
Sheeda bagaimanapun turut menambah hubungannya masih lagi baik dengan bekas suami demi kebaikan anak-anak.
“Kami bersahabat baik kerana anak. Apatah lagi, saya dan Sukri ada zuriat hasil perkongsian hidup bersama iaitu Muhammad Aiman yang tahun ini berusia 12 tahun.
“Walaupun hubungan halal kami dah terputus, tetapi Sukri adalah bapa kepada anak saya,” jelas Sheeda.
Pada masa sama, ibu kepada penyanyi Bienda ini turut akui mahukan bekas suami jalani kehidupan yang lebih baik.
“Bukan mudah untuk saya buat keputusan untuk bercerai itu. Tetapi, saya fikir pengorbanan perlu dilakukan.
“Saya nak bekas suami menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang.
“Apatah lagi, perbezaan jarak usia 17 tahun di antara kami,” terangnya yang turut menjelaskan, isu perpisahan bukanlah suatu perkara gembira yang boleh dikongsi serta-merta.
Sheeda dan Sukri berkahwin pada sekitar 2007 dan Sheeda pada ketika itu berstatus ibu tunggal kepada tiga anak.
Sementara itu, Bienda yang ketika ini berada di tanah suci pernah membuat kenyataan kepada MH, mahu melihat ibunya untuk jalani hidup dengan lebih gembira dan yakin ibunya kuat untuk berdepan dengan ujian hidup.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI