Aidilfitri kali ini sememangnya cukup dinantikan oleh penyanyi Akim Ahmad dan Isteri, Stacy. Manakan tidak,tahun ini menjadi pertama kali mereka akan beraya berempat.

View this post on Instagram

Terima kasih kepada semua yang datang ke iftar bersama kimcy dan majistret tadi?? Dan x lupa juga terima kasih banyak kepada semua yang menjayakan majlis tadi? Wardrobe by @my.ghaania (Stacy), @raffieynasirhomme (Akim) and @petitplayground (Bella & Eshaal) Event Hall by @megagloryhall Catering by @megaeventcatering Goodies and gifts by @the.good.ies @goodies_popcorn @redribbonweddingworks @wafik_propstick @ohsem_merch @candybuffetbyjajanborong @sampulraya_kilangborong @craftcomel @dbdanishbakes @humairabiz.doorgift Photobooth by @thepaparazzi_fotobooth ps/: @raffieynasirhomme – Singapore • Bazaar Utara Woodlands 2-25June • Silat Federation 8-11June • CelebFest 16-18June •

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

 

Setelah beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan yang indah,pasangan romantis Akim dan Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikah Stacy Anam kini menyambut Aidilfitri bersama anaknya serta seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 5 tahun. Dengan kehadiran Eshaal menjadi penyeri lagi rumah tangga mereka.

Baik Akim mahupun Stacy Aidilfitri kali ini pastinya menjadi momen pasti paling manis dan indah buat mereka.

IKLAN

Saya sendiri pun sudah mengumpul beberapa jenis resipi untuk saya cuba masak pada hari raya.Nak tahu sedap atau tidak kenalah tanya ‘encik Suami’ kerana dialah yang merupakan pengkritik terbaik masakan saya,” katanya. 

Stacy juga menambah bahawa cabaran memasak agak mencabar kerana Akim inginkan masakannya sama seperti air tangan ibu mertuanya.

Raya kali ini disambut sederhana. Persiapan kami akan lebihkan buat persiapan anak-anak sahaja. Budak-budakkan,jadi dialah yang tidak sabar nak sarung baju baru,” ujar Stacy. 

Selain itu, Akim juga meluahkan rasa gembira menyambut Aidilfitri bersama Stacy dan dua anaknya serta tidak sabar untuk membawa mereka menziarahi saudara-mara seramai yang boleh.

Sememangnya menjadi rutin raya Akim dan keluarga sebelum ini pada raya pertama dan kedua mengunjungi rumah saudara mara.

IKLAN

Akim juga turut berkongsi pengalaman rayanya apabila kena sebat dengan ibunya kerana membakar mercun dalam kocek baju rayanya. Momen itu sentiasa membutakan Akim rindu untuk kembali ke zaman itu.

Stacy Kumpul Resipi Raya Kerana Akim

IKLAN

Stacy Kumpul Resipi Raya Kerana Akim

Stacy Kumpul Resipi Raya Kerana Akim

 

Sumber : Media Hiburan Julai 2016

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI