Kematian mengejut Ikon perfileman Bollywood, Sridevi pada hujung Februari lalu nyata mengejutkan ramai pihak termasuk penggiat seni di Bollywood. Salah seorang yang paling terkesan dengan berita berkenaan ialah aktres India yang kini sedang mencipta nama di Hollywood, Priyanka Chopra.

Tidak hanya memberi menghormatan terakhir buat idolanya itu menerusi media sosial, pelakon filem Bajirao Mastani di samping Deepika Padukone itu turut menulis coretan istimewa buat mendiang kepada sebuah majalah terkemuka.

Tulisnya, dia membesar dengan filem lakonan mendiang dan ia merupakan antara sebab mengapa dirinya mahu menjadi seorang pelakon.

IKLAN

“Saya membesar dengan filem lakonannya dan Sridevi antara sebab mengapa saya mahu jadi pelakon. Bila kali pertama mendengar berita mengenai kematiannya, saya jadi kaku.

 

Apa yang boleh saya lakukan pada waktu itu ialah mendengar kembali lagu-lagu yang dipetik menerusi filem lakonannya, menonton kembali sesi temubual bersama mediang selain menonton babak ikonik yang pernah dibawanya berkali-kali.

 

“Bagaimanapun, saya sedar saya tidak keseorangan kerana berjuta lagi peminat turut merasai kehilangan dan terkejut dengan berita kematian mendiang. Kenagan yang dibawa bersama peminat cukup kuat sehingga setiap daripada kita yang mempunyai memori istimewa bersamanya,” tulis bekas Ratu Dunia 2000 itu lagi.

“Sridevi Antara Sebab Saya Mahu Jadi Pelakon,” – Dedikasi Priyanka Chopra Buat Aktres Bertaraf Superstar Pertama India

Pada masa sama, Priyanka turut berkongsi saat kali terakhir dia bersua dengan bintang berkenaan, iaitu pada Disember lalu dalam sebuah acara hiburan.

IKLAN

Terdahulu, Sridevi dilaporkan meninggal dunia akibat lemas pada 24 Februari lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan salah seorang ahli keluarganya di Dubai. Sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan, mendiang sudah pun berlakon lebih daripada 150 buah filem di dalam pelbagai bahasa di India.

IKLAN

Dilabel pelakon wanita pertama India yang bertaraf superstar, Sridevi turut direkodkan sebagai antara aktres yang menerima bayaran tertinggi di dalam setiap filem yang dilakonkan pada era kegemilangannya. Malah pemergian Sridevi turut didedikasi menerusi Anugerah Oscar ke-90 yang berlangsung di Los Angeles, baru-baru ini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI