“So You Can WhatsApp Me,” – Ali Gatie Buat Kejutan… Kongsi Nombor Telefon Di Twitter Buat Peminat, Adik Neelofa Turut Beri Reaksi & Ini Respon Si Kakak!

Share

Bintang antarabangsa, Ali Gatie menerusi Twitter baru-baru ini mengejutkan peminat apabila berkongsi nombor telefon Malaysia buat peminatnya di sini sebagai tanda sayang dan menghargai sokongan yang diberikan di negara ini.

Memberi ruang buat peminat untuk berhubung dengannya secara terus, tindakan tersebut nyata membuatkan nombor berkenaan tidak putus-putus menerisi kiriman teks serta panggilan, sebagaimana yang didedahkan Ali.

“Please stop calling. I cant answer anyone’s texts then,” pinta bintang berusia 22 tahun ini sambil turut mendedahkan, nombor berkenaan dihubungi puluhan ribu kali.

Pada masa sama, Ali turut akui dia menyatakan rasa sayang kepada peminat di Malaysia kerana sokongan yang diberikan sejak awal hingga menjadikan lagunya hits.

Sementara itu, adik kepada Neelofa yang juga bintang media sosial, Atisha Khan turut memberitahu keluarganya mengenai tindakan penyanyi terbabit yang berkongsi nombor telefon di alam maya buat peminat.

Lalu, dia secara seloroh ada bertanya sama ada boleh atau tidak untuk mengajak Ali menjadi ahli baru dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

Menerusi paparan perbualan yang didedahkan Atisha, Neelofa ada memberikan reaksi selamba dan guraunya. 

“Add him here,” balas Neelofa.

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya terhibur terhadap respon yang diberikan si kakak apabila ditanya mengenai hal berkenaan.

Atisha menerusi kemas kini di Instagram dilihat ada berkongsi foto bersama bekas hos MeleTop itu di luar negara.

 

 

IKLAN