Semata-mata mahu memantau dan memberi sokongan buat anaknya, Ian Haziq Macquistan yang baru berkecimpung dalam lakonan, bintang senior, Jasmin Hamid sanggup luang waktu hadir ke lokasi penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh.
Jasmin mendedahkan perkara itu menerusi Instagram, lewat malam tadi.
Meski rasa malu kerana hadir ke penggambaran pelakon lain, namun kerana anak Jasmin sanggup lalukan apa saja demi kebaikan.
“Aturan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya..Adoii.. ada pulak PAPARAZZI kat set…Saya paling MALU nak datang SET ORANG LAIN tapi di sebabkan Big Boss, saya turutkan juga.
“Ibu SANGGUP DUDUK TEPI PARIT pun tak kisah la uols DEMI ANAK .. Kebetulan saya ada FREE TIME. Dapatlah saya PANTAU dan bagi SUPPORT pada Big Boss @ihmian berlakon,” tulis Jasmin.
Pada masa sama, dia juga berbuat demikian memandangkan anak terunanya itu pertama kali beraksi di hadapan lensa kamera.
“Ist time kan Big Boss berlakon…Kena pastikan Big Boss faham apa yang harus di buat mengikut kehendak skrip supaya tidak menyusahkan mereka yang terlibat dan dapat hasil yang terbaik.
“Lama-lama nanti, pasti Big Boss akan faham dan perbaiki setiap kesilapan dan kelemahan.. Buat permulaan ni, Big Boss harus kerja keras dulu.. Saya pulak yang nervous setiap kali Big Boss masuk set sebab nak pastikan Big Boss buat yang terbaik sebagai BUDAK BARU..
“Bukan senang nak jadi yang TERBAIK.. Harus usaha,rajin dan cekal.. Saya nak Big Boss jadi yang PELAKON TERBAIK atas usaha dia sendiri. Bukan sebab saya ibunya juga seorang pelakon.. Selebihnya semua datang dari ALLAH.. Hebat Bukan? ” kongsinya panjang lebar.
Selepas menghantar anak angkatnya, Qayyum ke pangkuan ibu kandung awal pagi semalam, Datuk Seri Aliff Syukri ada menulis coretan buat kanak-kanak itu.
Perkongsian yang dikongsi di laman Instagram itu membuatkan netizen sebak, apatah lagi ramai yang sedia tahu bahawa keluarga ushawan ini sudah menjaga Qayyum sejak dilahirkan lagi.
“Walapun yom bukan anak kandung abah.. tapi abah syg yom sama mcm anak abah quyyom aliffsyah nama pilihan sy dan isteri waktu dia dlm perut lagi.
“Maafkan abah suka kiss yom kasar2 ..cakap2 kuat2 abah bergurau jee.. kalau yom dah besar yom jumpa abah balik yaa..
“Abah tak nak duit abah nak kasih sayang jee.. abah nak tngok depan mata abah yom bila besar.. sbb abah jaga yom waktu dlm perut lagi… maafkan abah yom,”tulisnya.
Malah, turut dinyatakan sebab mengapa dia dan isteri tidak menghantarnya sendiri kepada penjaga asal.
“Abah dan mama tak sanggup nak tngok dan hantar yom balik dgn ibu kandung yom.. abah wakilkan pegawai abah @liyanaamirah ,pa, bibik,” jelas Aliff.
Penyanyi, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar merupakan seorang penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh.
Baru-baru ini, Lufya telah memuat naik satu video dia bersama anaknya, Laana Haura yang mencium tangan Lufya berulang-ulang kali dan kelihatan sangat manja menerusi akaun Instagram milik Lufya berserta kapsyen iaitu;
“Sejuk perut tengok Haura cium tangan mummy. Walaupun Haura baru berusia 1 tahun tapi die seolah-olah memahami perasaan ibunya.”
“Melihat Haura membesar dengan karekter yang mudah senyum, ketawa, bijak dan menghiburkan hati adalah hadiah Allah sbt yang tidak terhingga untuk mummy.”
“Semoga Allah menjadikan Haura anak yang solehah, beriman, rezeki yang melimpah ruah, takdir kehidupan yang baik untuk anakku.. Laana Haura Amin.” – tulisnya.
Rata-rata memberikan komen yang positif kepada Lufya dan Haura.
Diharapkan Lufya semoga kekal berbahagia bersama keluarga dan Haura menjadi anak yang solehah.
Untuk rekod, Lufya dan suami, Che Muhammad Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada 26 November 20176 serta dikurnia satu cahaya mata iaitu Laana Haura yang baru berusia 1 tahun.
Foto : Instagram Lufya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...