Sudah sembilan hari penyanyi Nourul Depp menzirahi ibu dan bapa mertuanya di Perancis, kini tiba masanya untuk mereka pulang ke tanah air.
Lantas, penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah berkongsi sepotong video yang memaparkan aksi ibu dan bapa mertuanya yang sedang berlari anak sambil melambai dua orang cucu kesayangannya itu.
“Nah saja kupas bawang lagi hari ni…. rindu pulak kat ibu dan Bapak mertua ku.
“Part last tu kami dah terdiam sebba nangis dah,” tulis Nourul.
Susulan itu, netizen turut berasa sebak melihat aksi bapa mertua Nourul seolah-olah berat untuk meninggalkan cucunya itu.
Ads
Ads
Untuk rekod, Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp berkahwin pada Jun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp,5 tahun, Raphel Depp,3 tahun dan Ayu Nazirah, 20 tahun (hasil perkahwinan terdahulu).
Pengacara berkaliber,Datuk Aznil Hj Nawawi atau mesra dengan panggilan Pak Nil teruja melihat pasangan pengantin baru, Elfira Loy dan Muhammad Faris Khairol Anuar disatukan sebagai suami isteri.
Pak Nil turut berkongsi kegembirannya itu di akaun Instagrammya bersempena dengan majlis resepsi yang berlangsung meriah di PICC, Putrajaya, malam tadi.
“Mereka berdua ni ibarat anak paknil.. Elfira antara bakat yg ditemui dlm rancangan TomTomBak masa usianya 14tahun.. Kalau ada masalah sering juga dpt pandangan pak nil..
“Faris pula anak didik pak nil dlm program On Air Astro.. ilmu pengacaraan dan penyampaian ada padanya tp dia beri tumpuan pd kariernya.. Apa2 pun mereka berdua disatukan atas kehendak Allah,”tulisnya imbau kenangan.
Malah, Pak Nil turut memberi nasihat kepada netizen yang sering melontarkan kata-kata kesat buat pasangan ini.
“Pada mereka yg bertutur kesat, atas jodoh mereka bermakna mereka tidak restu perancangan Allah.. Doakan hubungan mereka dan jaga hubungan kita dengan Allah.. Tahniah anak2ku,” tulis Paknil.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Malah pelbagai pendekatan kaedah pembelajaran diterapkan ibu bapa demi memastikan anal-anak sukses dalam pengajian.
Begitu juga dengan pelakon Norman Hakim yang amat menitikberatkan pembelajaran anak, termasuk dari segi ilmu agama dan duniawi.
Menerusi Instagram, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas itu juga turut berkongsi beberapa tips untuk mendidik anak-anak berjaya.
“Sekadar perkongsian untuk manfaat bersama; The definition of “Self’s Leadership”
Pic 1; Malam td lepas Isyak,ajak Abg Danish keluar ngeteh dgn Abah @jaiezzany ,dia mintak maaf tak dpt join,dia cakap “Sorry pa..abg tgh fokus.Sikit lagi je ni..”
Pic 2; Balik dari jumpa abah & etc dalam 11.40pm,nampak dia bersujud lama sangat.Saya lepak jap tunggu dia selesai,pastu tanya “Abg sujud apa tadi?” Dia cakap “Abg mintak tolong dari Allah sbb susah sikit la pa study abg ni…”
Pic 3; Terjaga pkl 3am++,tgk dia kat situ jugak.Suruh dia naik masuk bilik,dia cakap ayat yang sama “Sikit lagi pa…kalau masuk bilik nanti Abg hilang fokus..”
Pic 4; Bangun nak kejut ajak dia pergi Subuh tapi kelibat takde kat bilik,tgk kat bawah dah ‘belayar’ dengan buku2nya
Pic 5; Baru saya faham.Dia nak ‘A+’ untuk Sains dia nanti.Danish baru form 4 tapi dia pernah cakap kat papa,mama kalau boleh dia nak ambik SPM tahun ni jugak sbb tu dia ‘double up’ effort dia,tulis Norman.
Norman juga turut memberikan sokongan moral dalam membentuk anak-anak terus berjaya.
“Back to the defination of “Self’s Leadership”, meaning Danish alhamdulillah slowly dah mula pandai “lead” diri dia sendiri.Saya,mama,mummy & abah selalu beri penekanan,sebelum nak jadi pemimpin diluar sana, kena jadi pemimpin yang mantap kpd diri sendiri dulu terutama sekali sbb dia lelaki.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon amat menitikberatkan ilmu ukhrawi (solat) dan ilmu duniawi (ulangkaji) kepada anaknnya yang kini berusia 16 tahun.
“Alhamdulillah “self’s leadership”nya semakin progresif,maknanya dia dah pandai “lead” dirinya sendiri tanpa perlu kita suruh atau paksa terutama dirumah,contoh dari sudut waktu solat,waktu ulangkaji & etc.Bab mengadap handphone shj yg sekali sekala perlu dimonitor,” tambahnya lagi.
“Alhamdulillah slowly masa utk delegates faktor psikologi,fisiologi & sosiologi kpd dia terutama peranan dia sebagai anak yg sulung yg akan jd contoh kpd adik2 dia yg lain
Mohon doakan yg baik2 buat Abg @danishhakimofficial .Semoga perkongsian ni sama2 memberi manfaat buat kita semua.Salam Jumaat,” akhiri Norman.
Untuk rekod, Danish pernah bergelar pelajar tahfiz dan mengungguli pelbagai anugerah.
Foto : Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon orang ramai agar tidak terlalu menzahirkan rasa simpati terhadap dirinya dan suami, Dini Schatzmann, meskipun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.