
Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, penyanyi lagu Kesetiaan ini bersama dengan suaminya Shuib telah menghulurkan bantuan dan sumbangan barang keperluan kepada mangsa banjir di Pahang.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini meluahkan rasa syukur misi bantuan tersebut selesai dengan jayanya.
“Alhamdulillah bantuan di Pahang selesai terima kasih kepada semua yg terlibat tanpa anda semua misi bantuan ini tidak berjaya alhamdulillah @shuibsepahtu @bubblebeemalaysia_hq,” tulisnya.

Hasil tinjauan MH, rata-rata peminat memuji sikap murni pasangan selebriti ini yang prihatin kepada masyarakat.

Sekadar informasi, Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Foto: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Bekas pelakon dan usahawan, Ben Ali yang kini merupakan pengarah Absolut Brands Sdn Bhd mengakui bukan satu yang yang mudah untuk berada di tahap sekarang.
Gembira dalam syukur, bekas finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin ini juga tidak menyangka, bermula dari pondok rehat yang terletak di perumahan awam Sri Sabah, Cheras, kini perniagaan Absolut Chocolat mampu memiliki kilang sendiri di Taman Perindustrian Bukit Serdang.
Kilang di bawah nama Absolut Brands Sdn Bhd berkeluasan 14,000 kaki persegi itu menjalankan operasi perniagaan Absolut Chocolat, selain memayungi dua lagi jenama lain iaitu Absolut Food Festival dan Absolut Talent & Management.
“Saya mengemudi perniagaan ini bersama isteri, Nadiyah Shahab. Kami berdua melalui suka duka, turun naik. Tapi semua itu jadi kenangan dan pengalaman berharga.
“Bayangkan di pondok rehat perumahan awam itu segala operasi dan urusan dilaksanakan. Di situlah kami membungkus kek ke dalam kotak beserta sos. Sukar dibayangkan memori itu, namun rezeki tak pernah salah alamat.
“Pendek kata macam macam lagilah segala kerja saya dan isteri buat. Malah kami pada awalan pernah melakukan khidmat penghantaran kepada pelanggan,” katanya
Menurut Ben atau nama sebenarnya, Nurali Nadzwan, 30, turut mengimbas, selepas beberapa hari ‘menumpang’ pondok berkenaan, mereka kemudiannya berpindah ke khemah menjual air kelapa.
“Selepas dua tiga minggu menumpang di khemah itu, kami menyewa pula suku lot berdekatan LRT Cheras.
“Dalam tahun 2018, memang kami kerap ‘berpindah randah’ dari satu tempat ke tempat lain. Kemudian kami bertukar ke Medan Connaught Cheras hujung tahun sama. Kami menyewa satu lot premis yang dibahagi dua bahagian
“Bahagian depan dijadikan pejabat, manakala belakang pula sebagai tempat pembungkusan kek dan penghantaran. Apabila perniagaan semakin berkembang kami menyewa pula satu lagi lot di bahagian bawah bangunan sama. Ketika itu lot atas dijadikan ruang pejabat dan bawah pula urusan kerja,” kata Ben.
Menurut Ben, dia bersyukur perniagaan mereka yang berasaskan F&B (Food and Beverages) dan dalam talian masih ‘bernafas’ ketika pandemik COVID-19 melanda sejak Mac tahun lalu.
Lalu pada 18 Februari, genap tiga tahun penubunan jenama itu dan mereka kini berpindah ke kilang yang lebih praktikal dan kondusif.
Ben pada masa sama menambah, dia berharap tahun 2021 penuh mencabar ini akan terus memberi sinar kepada jenama perniagaannya.
“Banyak lagi yang ingin kami kecapi. Cita cita kami sendiri mahu membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa.
“Kami takkan berada di seni tanpa sokongan pelanggan tersayang. Terima kasih kerana terus setia menyokong kami hingga kini,” alhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon dan bintang media sosial, Harris Annuar berkongsi berita dengan memaklumkan dirinya kini disahkan positif jangkitan Covid-19 selepas menjalani ujian saringan 3 Januari lalu.
Perkara tersebut dikongsikan finalis Hero Remaja 2017 itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, hari ini.
A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)
“Assalamualaikum, semalam pada 3/1/2021 Harris baru sahaja menjalani ujian saringan Covid bersama pasukan Megaklinik Zahran dan ternyata Harris positif Covid untuk saringan yang pertama.
“Hari ini pada 4/1/2021 Harris akan ke Megaklinik Zahran kembali untuk buat saringan kedua, untuk buat masa sekarang ini, Harris sedang kuarantin kendiri di rumah seperti yang disarankan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” tulisnya.
Sambil memohon maaf atas kesulitan, Harris turut menasihati mana-mana individu yang bertemu dengannya untuk hadir menjalani ujian saringan Covid-19 secepat mungkin.
“Jadi, sesiapa yang kontak rapat dengan harris selama dua minggu yang terakhir boleh pergi untuk menjalani ujian Covid-19 di klinik yang berdekatan.
“Setakat ini Harris masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti menzahirkab doa agar bintang ini diberikan kesembuhan seperti sedia kala.
Foto: Instagram Harris Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Jangan Sedih Dengan Berita PKP,” – Aina Abdul

Seperti sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali berkuatkuasa di beberapa buah negeri bermula pada 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.
Ini kerana, penularan wabak Covid-19 kian meningkat di seluruh negara sekaligus telah menimbulkan kerisauan orang ramai.
Penyanyi, Aina Abdul ada menitipkan kata nasihat dan semangat kepda pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Selain itu, penyanyi lagu Sumpah ini berharap agar tidak berasa sedih dengan perlaksanaan PKP yang akan berkuatkuasa selama 14 hari.
“Hi korang, jangan sedih2 dengan berita PKP tadi..14 hari ni kita stay home and be safe okayyyy!
“We are in this together, we can do this!! Kalau sedih, tengok Bunga Raya,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani bakal mempertandingkan lagu berjudul Semalam di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 pada 7 Februari depan.
Sekadar informasi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan, pada Isnin.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

