Seperti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pada 28 Julai ini, pelakon wanita, Siti Saleha bakal menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki pilihan hatinya, Lutfi.

Pastinya perasaan gementar dan berdebar dapat dirasakan bila hari bahagia itu sudah hampir tiba hanya dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Kata Saleha segala persiapan majlis juga telah dilakukan dengan bantuan daripada ahli keluarganya.

Siti Saleha Gementar Menanti Hari Perkahwinan

IKLAN

“Sudah semestinya saya berasa gementar apabila memikirkan mengenai majlis tersebut namun semuanya akan berjalan dengan lancar.

 

“Segala persediaan telah dilakukan oleh saya dengan bantuan ahli keluarga yang lain,” katanya.

Pelakon wanita ini berkata lagi, dia juga telah mengehadkan pertemuannya bersama bakal suaminya itu sebelum hari pernikahannya yang bakal menjelang ini kerana mahu menjaga seri wajah bakal pengantin dan dia juga risau jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Siti Saleha Gementar Menanti Hari Perkahwinan

IKLAN

Saleha memberitahu pada sebuah portal, dia mengharapkan majlisnya yang bakal berlangsung nanti berjalan dengan sempurna seperti yang telah dirancang olehnya.

Apapun kami di MH Online juga berdoa agar majlis tersebut berjalan sempurna dan semoga selamat melangsungkan pernikahan pada hari bahagianya itu.

IKLAN

Terdahulu, Saleha pernah memberitahu bahawa dia lebih memilih untuk tidak ditaja daripada mana-mana pihak untuk majlis perkahwinannya ini dan dia mempuanyi alasannya yang tersendiri.

Bagi Saleha dia lebih suka untuk merancang majlis perkahwinannya sendiri dan berpuas hati dengan hasilnya. Segala perbelanjaan perkahwinan juga adalah hasil duitnya sendiri dan juga keluarga.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI