Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam 500 Individu Islam Terpengaruh Dunia Buat Kali Keenam

Share

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila masih tersenarai dalam ‘The World’s 500 Most Influential Muslims, 2021’.

Difahamkan, pengiktirafan tersebut diterimanya buat kali keenam berturut-turut sejak 2016.

Terharu dalam syukur, Siti berkongsikan rasa terhadap penghargaan indah ini.

“Alhamdulillah…semua ini atas izin-Nya.

#Repost @fivexull Tahniah Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk

“The World’s 500 Most Influential Muslims, 2021. The Muslim 500. Kali ke 6 berturut-turut (2016-2021)

2021 ☑️

2020 ☑️

2019 ☑️

2018 ☑️

2017 ☑️

2016 ☑️

“@ctdk @rozisangdewi,” tulisnya yang ulang siar kembali paparan di Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berasa gembira dan menitipkan ucapan tahniah buat bintang yang sedang hamil anak kedua ini.

Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

IKLAN