Seperti semua sudah sedia maklum penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang hamil dan kandungannya kini hampir mencecah usia 5 bulan.

Pastinya setiap ibu yang sedang hamil akan mengalami pelbagai alahan mengikut tubuh masing-masing dan begitu juga Siti yang tidak dapat lari daripada alahan ketika hamil.

Menerusi akaun Instagram milik Siti, penyanyi ini berkongsi pengalamannya mengalami alahan dan meminta tips daripada peminat cara untuk menghadapi alahan-alahan yang dihadapinya.

“Alhamdullillah.. pengalaman mengandung adalah sesuatu yg sangat indah dan mencabar bagi Ct… Ct alami alahan kulit , heartburn,tak selera makan , sakit pinggang , penat, panas badan dan lain lain..

 

“Betapa besarnya pengorbanan mak Ct dulu ye.. Tapi Ct tabik bila mak alami semua cabaran ini tapi masih mampu melahirkan kami 8 beradik… Sekarang Usia kandungan Ct hampir 5 bulan..Terima kasih suami yg sentiasa memahami karenah isterinya.. cuma pesan dia ‘jgnla muka asik berkerut.. nanti baby pun berkerut..senyum sikit ..’ hahahaha…. ??

 

“Apakata kalian yg dah punya pengalaman kongsi dengan ct macamana nak hadapi alahan mengandung ni ye..semoga jadi panduan untuk Ct .. Terima kasih semua??,” tulis Siti di ruang kapsyen perkongsiannya.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

IKLAN

Rata-rata peminat serta pengikut juga berkongsi pengalaman dan tips buat Siti untuk diamalkan olehnya sepanjang proses kehamilan sehingga saat melahirkan nanti.

ratnadnan: Nanti dah dkt waktu bersalin amalkan zikir Ya Latif. Amat berbeza pengalaman bersalin anak ke3 yg mn sy amalkn zikir ni. Mudah sgt proses kelahiran. Alhamdulillah. Dengan izin Allah

IKLAN

vcsbyannona_beauteerepublic: @ctdk, amalkan saffron. minum air saffron yang direndam semalam sebanyak 3 helai. Minum keesokkan pagi. Boleh jugak dicampur dgn susu kambing. Amalkan mkn buah kurma setiap hari. Minum air kelapa muda apabila kandungan dh masuk 7 bulan. Make sure digestive system sentiasa lawas. Saya doakan @ctdk sihat sentiasa.

arynayahaya: Amalkan minum fresh jus delima everydayyyyy. @ctdk

IKLAN

cantik_tanpa_misai: 1st tri saya pun alahan sama macAm makiti. Especially bab malas macAm nak tidur je. 2nd tri rasa lebih better. Apa pun enjoy ur pregnancy makiti. Semoga dipermudahkan segala urusan makiti

Kami di MH Online mendoakan agar Siti dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan yang baik sepanjangan kehamilan dan dipermudahkan segala urusan saat melahirkan nanti.

Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI