Siti Kasim Anggap Rani Kulup Hanya Bergurau

Minggu lalu heboh di internet tentang Rani Kulup, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan telah menyampaikan hasratnya untuk memperisterikan peguam, Siti Zabedah Kasim.

Namun setelah hampir seminggu hasratnya itu tidak mendapat sebarang jawapan, Rani telah menyunting pula pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

Terkini, Siti Kasim telah memberikan jawapan tentang hasrat Rani Kulup itu.

Terdapat sebuah video Siti Kasim ditemuramah dan ditanyakan tentang persoalan ini lalu dia menjawab bahawa Rani Kulup hanya bergurau.

IKLAN

“He’s just joking la,” katanya di dalam video tersebut.

Malah Siti Kasim menyatakan lagi bahawa dia tidak mengambil serius dengan kenyataan daripada Rani Kulup itu.

“I think he’s joking, really i think dia bergurau sahaja. Why people want to make a story out of nothing. He was just suka-suka bergurau,” jelasnya lagi.

Wartawan yang menemu bualnya juga bertanya, disebabkan Siti Kasim dia dan tidak memberi sebarang respons terhadap hasrat Rani Kulup itu membuatkan dia telah melamar Vida pula.

“No la dia tak lamar pun, dia cakap jokingly kan. Korang je yang buat cerita. Buat cerita yang dia lamar and I don’t think so dia lamar dia main-main la,” ujarnya lagi.

Nampaknya hasrat Rani Kulup untuk memperisterikan Siti Kasim sudah pun terjawab. Baginya semua yang dinyatakan oleh Rani Kulup itu adalah sekadar gurauan semata-mata dan telah dibesar-besarkan oleh netizen dan pihak media untuk dijadikan bahan cerita.

IKLAN

Terdahulu, Vida juga telah menjawab hasrat Rani Kulup terhadapnya dengan jawapan tidak namun dia tidak mahu memberikan apa-apa komen tentang hasrat Rani Kulup ini.

Sumber: Kini TV