Siti Elizad Dedah Mulai Jalani Rawatan IVF, Moga Dipermudahkan Rezeki Zuriat

Share

Siti Elizad Sharifuddin mengumumkan dirinya tidak lagi menjadi hos kepada program bual bicara, Mingguan Wanita bermula Jumaat lalu.

Keputusan tersebut adalah bagi memberi ruang buat bintang ini untuk menjalani proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Difahamkan, Elizad bakal memulakan hari pertama rawatan terbabit pada Sabtu lalu.

Terdahulu, Elizad berkata demikian selepas ditanya rakan penyampai sinar FM, Hefny Sahad mengenai tindakannya yang tidak lagi bersama rancangan khusus wanita itu.

“Bukan saya berhenti. Alhamdulillah… Minggu ini adalah yang terakhir bersama Mingguan Wanita, minggu hadapan saya tiada lagi.

“Saya nak Sinari Kita esok pagi, doakan saya  akan jalani hari pertama perjalanan untuk IVF. Doakan agar termakbul,” pohon Elizad sambil disambut baik Hefny.

Sedutan video tersebut turut dikongsikan di Instagram TV Sinar my.

Terdahulu Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015.

Foto: Instagram Sinar My

IKLAN