Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu, dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bakal mengumumkan nama cahaya mata sulungnya hanya selepas tujuh hari kelahirannya.

Menerusi Astro Awani, keputusan berkenaan dibuat penyanyi Segala Perasaan itu setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada suaminya, selain ia  merupakan amalan sunat dalam menetapkan nama cahaya mata menurut agama Islam.

“Saya dan suami bersepakat untuk tidak lagi mengumumkan nama bayi yang bakal dilahirkan. Pengumuman hanya akan dibuat selepas tujuh hari kelahiran bayi kami selain merupakan amalan yang disunatkan dalam Islam,” kata Siti.

Siti Bakal Umum Nama Anak Selepas 7 Hari Kelahiran, Mahu Ikut Amalan Sunat Dalam Islam

IKLAN

Sebelum ini, Siti turut mengesahkan dirinya akan melahirkan bayi sulugnya secara caesarean (pembedahan) selepas mendapat nasihat daripada doktor.

IKLAN

“Memang daripada awal saya telah dinasihatkan oleh doktor untuk melalui proses pembedahan. Jadi saya ikut sahaja apa yang dinasihatkan dan bersedia dengan apa jua keadaan,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, penghibur asal Pahang ini turut melancarkan single terbaru, Comel Pipi Merah yang ditujukan khas buat anaknya. Penyanyi berkenaan mengalunkan lagu tersebut buat pertama kali di majlis ulang tahun kelab peminatnya, SitiZoner yang ke-13 bulan lalu.

IKLAN

Foto: Instagram Datuk Seri Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI