Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza,37, yang kini sedang hamil enam bulan memberitahu bakal merakamkan sebuah lagu khas buat anak sulungnya yang dijangka lahir Mac depan.

Penyanyi yang telah sahaja melancarkan album terbaru, SitmetriSiti pada Mei lalu itu juga mengakui, mulai mencipta beberapa melodi lagu teristimewa buat anaknya itu sejak bulan lalu.

“Setakat ini, saya sudah ada tiga melodi yang pada awalnya dicipta secara humming. Tinggal lagi untuk tulis liriknya saja. Bagaimanapun, kita pastinya mahukan yang terbaik dan saya serahkan pada komposer nanti. Meski ada tiga pilihan, saya akan pilih satu saja yang terbaik untuk dirakamkan,” katanya ketika ditemui MH di pelancaran program CTDK-ATION di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Siti Bakal Rakam Lagu Khas Buat Anak Sebelum Bersalin

Ujar Siti lagi, dia mendapat ilham untuk mencipta melodi berkenaan ketika berada di bilik mandi.

IKLAN

“Idea lagu tersebut hadir secara spontan. Jadi boleh dikatakan lagu ini sebagai hadiah buat baby yang bakal lahir dan ibu bapa lain pun nanti boleh nyanyikan lagu tersebut pada anak mereka juga. Tajuknya masih lagi belum ada. Insya-Allah saya akan rakamkannya sebelum bersalin nanti,” akui Siti yang turut membayangkan bakal membuka akaun sendiri buat anak yang bakal lahir tidak lama lagi.

Bagaimanapun, setakat ini penyanyi yang kini sinonim dengan lagu Segala Perasaan itu masih belum mahu mendedahkan status jantina anak bagi menghormati permintaan suami.

“Saya okay saya untuk itu (buka Instagram anak). Sebab media sosial adalah mendium terbaik untuk rekod segala gambar yang boleh dijadikan sebagai kenangan. Soal pengumumkan jantina anak, masih belum ada tarikh tertentu untuk umumkan. Kalau suami beri lampu hijau dari suami dan dia okay untuk berkongsi, saya pun okay,” jelas Siti.

Siti Bakal Rakam Lagu Khas Buat Anak Sebelum Bersalin

Terdahulu, CTDK-ATION merupakan sebuah program realiti yang bakal memaparkan perjalanan harian rombongan keluarga besar penghibur ini yang bercuti di tiga buah negara iaitu Portugal, Sepanyol dan Dubai.

IKLAN

CTDK-ATION bakal bersiaran selama 10 episod di saluran Astro Ria dan Ria HD mulai 29 Disember depan, jam 9.00 malam.

Foto: Astro

IKLAN

MH menemui Siti di majlis pelancaran program realiti CTDK-ATION. Paling penting, Mak Iti dah ada lagu untuk anaknya okay!

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 20 December 2017

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI