Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa arwah suaminya, yang juga seorang komposer, Johan Nawawi, tidak menerima bayaran setimpal bagi sumbangannya dalam karya ikonik Sinaran yang dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid.
Dalam satu hantaran di Instagram Story (IGs), Nora mendakwa, Allahyarham Johan hanya menerima bayaran sebanyak RM60 sebagai penulis lirik lagu tersebut.
Meskipun lagu itu terus mendapat tempat di hati peminat dan sering dimainkan sehingga ke hari ini.
Ads
“Lagu terkenal Sinaran berkumandang di merata tempat.
“Namun, penulis lirik lagu ini, arwah Johan Nawawi, hanya mendapat RM60 sehingga kini,” tulisnya.
Ads
Tiada Pembelaan, Tiada Pengiktirafan?
Dalam hantaran yang sama, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu turut menyuarakan kekecewaan terhadap sikap industri yang didakwanya gagal membela nasib komposer dan penulis lirik seperti arwah suaminya.
Ads
“Malangnya, tiada pihak yang ingin membela nasib komposer dan penulis lirik ini,” dakwanya lagi.
Untuk rekod, Sinaran yang diterbitkan sekitar tahun 1986 ialah hasil ciptaan dua nama besar dalam muzik tanah air, iaitu Azlan Abu Hassan dan Allahyarham Johan Nawawi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi merealisasikan impian melahirkan bintang antarabangsa dari Malaysia dan Asia, program realiti muzik Asian Pop Stars (APS) 2025 bakal membuka tirai pada 29 November ini.
Diterbitkan buat pertama kali oleh Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM), APS tampil dengan pendekatan luar biasa dan tidak hanya mencari bakat vokal, tetapi membentuk artis lengkap yang bersedia ke pentas global.
Seramai lapan finalis terbaik akan menerima biasiswa latihan khas selama sebulan di ASWARA dan dua bulan di Korea Selatan bagi mengekalkan momentum kerjaya mereka selepas pertandingan.
“Kami di PGDM berbesar hati untuk menyahut cabaran menganjur dan menerbitkan pertandingan ini dalam usaha mencari bakat yang mampu bergelar bintang bertaraf dunia.
“Lebih menarik, ini kali pertama buat kami dan julung kali juga sebuah NGO menganjur dan menerbitkan pertandingan realiti seumpama ini di negara kita,” kata Pengerusi PGDM, Datin Seri Dr. Harnie Mohamed.
Pada majlis pelancaran APS 2025 di ASWARA baru-baru ini, PGDM turut mengumumkan pelantikan seniwati, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, sebagai Pengetua APS, dibantu oleh tenaga pengajar berpengalaman iaitu Isabella Soliano (vokal) dan Azmie Z. Abdden (koreografer).
Menurut Ogy, dia tidak mahu program ini mengikut acuan program-program sedia ada.
“Sebenarnya, ramai penyanyi di luar sana yang berbakat. Namun, mereka yang benar-benar boleh menyanyi ini kurang dari segi penampilan. Lantas, mereka tidak diterima. Itu yang mengecewakan saya.
“Bakat adalah kurniaan sejak lahir dan tidak boleh dibeli. Bila dilantik selaku pengetua, saya nak tunjuk kepada mereka seni persembahan yang sebenar.
“Sebab itu saya mahu tenaga pengajar yang faham apa itu seni dan bukan asal boleh.
“Para peserta ini telah meletakkan kepercayaan kepada kami agar mereka dapat mengubah nasib keluarga melalui seni,” ujarnya.
APS 2025 bakal bersiaran langsung setiap minggu di saluran RTM bermula 29 November, dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.
Tiga minggu pertama tidak akan ada penyingkiran, namun minggu keempat bakal menyaksikan 12 peserta tersingkir.
Lapan peserta terbaik akan mara ke Konsert Akhir yang dijadualkan berlangsung pada 3 Januari 2026 di PICC, Putrajaya.
Juara bakal membawa pulang hadiah utama bernilai USD20,000 beserta piala pusingan dan sijil pengiktirafan.
Selain itu, para peserta juga akan terlibat dalam program khas Cuti-Cuti Malaysia selama sembilan hari merentasi sembilan negeri sebagai sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Untuk info lanjut, orang ramai boleh layari laman web rasmi dan media sosial Asian Pop Star.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Barbarik mencatat kejayaan manis menerusi konsert Pentas Peluru Cokelat yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam 28 Jun lalu apabila ia disaksikan lebih 2,700 peminat.
Band rock yang dianggotai oleh Muss (vokal), JoBranko (gitar utama), Rozaimi (gitar), dan Ainol (dram) itu turut mengambil keputusan untuk melewatkan konsert selama 15 minit bagi memberi ruang kepada peminat yang masih beratur untuk masuk.
“Sebenarnya kami terkejut kerana dalam keadaan sekarang yang ada banyak konsert serentak, peminat masih hadir memberi sokongan untuk konsert rock.
“Sepatutnya konsert kami bermula pada 8.45 malam, tetapi terpaksa dilewatkan selama 15 minit untuk memberi laluan kepada peminat yang masih beratur untuk masuk ke dalam.
“Secara keseluruhan kami gembira kerana persembahan berjalan seperti dirancang dan penonton juga ‘enjoy’ dengan apa yang kami berikan di atas pentas,” ujar JoBranko.
Konsert berdurasi tiga jam itu menampilkan persembahan bertenaga dan konsisten dari segi kualiti bunyi serta lontaran vokal Muss yang dilihat berada pada tahap terbaik, meskipun kesihatannya sebelum itu sedikit terjejas.
“Saya sendiri tidak berapa sihat sebelum konsert, mulanya risau juga, tetapi syukur ketika di atas pentas vokal saya tidak terganggu,” ujar Muss.
Barbarik mempersembahkan 22 buah lagu, termasuk daripada album sulung seperti Nasib Baik, Marcapada, Pelurut Cokelat, Didakap Pesona dan Kasmaran Selamanya.
Antara segmen mencuri perhatian ialah Retrostika, yang menampilkan lagu-lagu klasik seperti Sketsa Sebuah Cinta, Potret Monalisa, Cintamu Mekar Dihati dan Taman Rashidah Utama.
Ia diserikan dengan kemunculan istimewa Shah Slam, Muzza dan Ujang Tukimon. Tidak ketinggalan, Karl Cromok turut membuat penampilan khas untuk berduet lagu Golok Kayu serta Jerangkung Dalam Almari.
Sebagai penutup yang tidak dijangka, Barbarik membuat kejutan dengan menyampaikan lagu Keris Tidak Bersarung iaitu lagu yang tidak tersenarai dalam setlist asal.
“Disebabkan terlampau seronok, itu yang tiba-tiba JoBranko mahu belanja lagu terakhir yang memang langsung tiada dalam perancangan iaitu lagu Keris Tak Bersarung.
“Bukan sahaja kejutan buat peminat, tetapi kami juga (ketawa). Masa itu muka saya, Ainol dan Rozaimi sudah pucat lesi sebab masing-masing sudah ‘bungkus’ hendak turun pentas.
“Tetapi inilah elemen kejutan yang memang ada dalam setiap konsert,” kata Muss lagi.
Konsert ini merupakan hasil penganjuran Karri Talk Production dengan kerjasama Pentas Barbarik Sdn. Bhd., yang jelas berjaya mengangkat semangat rock ke satu pentas yang lebih gah dan penuh emosi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Armz Photodesign Official Photographer & Faizal Darus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Atiq Azman, 25, berkongsi berita gembira apabila dia dan isterinya, Alia Natasha, kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka, tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Atiq, atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, menerusi satu hantaran menyentuh hati di Instagram.
Menerusi entri tersebut, Atiq turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari jadi kepada isteri tercinta sambil mengumumkan bakal kehadiran zuriat pertama mereka.
“Happy birthday sayang, wanita terindah yang Allah hadirkan dalam hidup aku. Tahun ini hadiah ulang tahun sayang bukan hanya cinta abang, tapi juga amanah paling berharga… zuriat yang kini dah ada dalam rahim sayang.
“Terima kasih sebab sabar, sebab kuat, dan sebab terus jadi cahaya dalam hidup abang.
“Ya Allah, aku mohon… peliharalah isteri dan anakku dalam rahmatMu. Jadikan rumah tangga ini tempat tumbuhnya cinta, sabar dan syukur,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Atiq juga menitipkan doa agar Alia terus diberi kekuatan, dimurahkan rezeki dan menjadi ibu yang terbaik buat permata hati yang bakal lahir kelak.
“Semoga umurmu diberkati sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan setiap langkah sebagai bakal ibu.
“Abang tak sabar nak tengok sayang jadi ibu yang paling hebat untuk anak kita nanti. I love you,” kongsi pelakon Budak Tebing itu lagi.
Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 21 Februari lalu selepas menjalani tempoh pertunangan selama empat bulan.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 10,000 tanda suka dan disusuli dengan pelbagai ucapan yang baik-baik daripada kalangan warganet.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dikritik kerana dikatakan kurang popular dan tidak memiliki aura untuk menggalas watak sebagai hero, pelakon Firdaus Karim tetap bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan pihak produksi dan stesen TV untuk membintangi drama Doa Yang Terlindung.