
Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob menyifatkan sebagai anak dan menantu, dia mengakui masih wujud rasa simpati selepas mengetahui ibu mertuanya, Datin Datin Seri Rosmah Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia pada jam 3.20 petang tadi.
Katanya, walau apa pun yang berlaku, dia tetap akan berdoa meminta agar segala urusan ibu mertuanya itu dipermudahkan.
Terdahulu, rasa simpati itu telah diluahkan oleh Fazley menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
“Beliau telah di tahan. Sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan beliau, simpati masih tetap wujud walau apa pun yang berlaku. Moga Allah Mempermudahkan segala urusan. Yang salah tetap salah yang benar tetap benar. Biar mahkamah yang memutuskan,” tulisnya.
Tambah Fazley, dia menyerahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah untuk menentukan siapa yang bersalah di dalam isu ini.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Fazley itu kerana sanggup mengetepikan persengketaannya dengan isteri bekas Perdana Menteri itu.
Rosmah dilaporkan akan bermalam di SPRM hari ini sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8 pagi esok untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI