Heboh di laman sosial ketika ini tentang seorang pelakon lelaki yang ditahan polis pada Jumaat lalu berhubung dakwaan memiliki dadah jenis ganja.

Memetik daripada satu sumber, pelakon lelaki tersebut, Nadzmi Adhwa mengakui dirinya merupakan salah seorang daripada individu yang ditahan polis tempoh hari.

Menurut sumber lagi syarikat pengurusan pelakon tersebut, Mindorder Sdn. Bhd. mengeluarkan kenyataan bahawa penahanan pelakon tersebut adalah disebabkan kerana terlalu mempercayai rakan baiknya yang dalam pemerhatian polis di atas kesalahan memiliki ganja.

IKLAN

“Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan saya sewaktu berada bersamanya.

 

“Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh. Bagaimanapun peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” kata Nadzmi dalam satu kenyataan.

Pelakon ini memberitahu lagi, dia dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan dan yakin bahawa dirinya tidak bersalah.

IKLAN

“Saya yakin tidak bersalah dalam hal ini dan telah pun dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan,” katanya.

Dalam pada itu, Nadzmi juga turut memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya dan tidak akan mengulanginya lagi.

IKLAN

Terdahulu menurut Sinar Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian jam 1.30 pagi itu sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju telah menahan kereta jenis Honda Jazz milik pelakon terbabit di sebuah stesen minyak, di sini.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu bekas tin aluminium yang di dalamnya terdapat satu paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat dan leraian daun-daun kering disyaki ganja bersama alat menghisap ganja yang disembunyikan di bawah kerusi pemandu.

 

“Pelakon itu bersama dua rakannya yang berusia 20 dan 24 tahun ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sumber: Mstar Online & Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI