Peserta program Kilauan Emas musim ketiga, Silah atau Silahuddin Ali, menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun akibat COVID-19 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, kira-kira jam 10.20 malam tadi.
Balu Allahyarham, Norasidah Khamis, menjelaskan arwah disahkan positif virus berkenaan pada 4 Mac lalu.
“Pada 9 Mac sebelah malam pula, arwah ditemani saya nekad ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana keadaannya sangat kritikal. Masa itu kami bergerak ke hospital bersama ambulans.
Tahap oksigennya ketika itu pun turun.
“Setibanya di hospital, suami dimasukkan ke wad kecemasan. Kira-kira 15 minit selepas itu, doktor mengambil keputusan untukmenidurkannya. Sebelum itu doktor ada bertanya saya sama ada mahu membiarkan keadaannya seperti biasa atau ditidurkan. Begitu juga tahap kesihatannya.
Ads
“Arwah sebelum ini ada sakit buah pinggang tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan batu karang. Keputusan untuk menidurkannya itu yang terbaik supaya tak menyiksa diri.
“Sekitar jam 4 pagi (10 Mac), arwah dipindahkan ke wad pesakit COVID-19. Seterusnya, doktor lakukan dialisis darah pula sebelah tengah hari biarpun dalam keadaan ditidurkan. Itu juga kali pertama suami saya buat dialisis,” katanya.
Ads
Menurutnya lagi, sepanjang hari sebelum arwah menutup mata, dia dan anaknya hanya memantau keadaan suami dari kejauhan.
“Sebab situasi semasa COVID-19, wad hospital itu memang tak boleh masuk. Apatah lagi nak jumpa berdepan. Hanya mampu menghubungi pihak hospital beberapa kali untuk mengetahui keadaannya.
Ads
“Selepas melakukan dialisis, doktor memaklumkan tahap oksigen kembali okey, cuma buah pinggangnya sudah teruk.Paru-paru pun sama. Pihak hospital cuba sedaya upaya melakukan terbaik demi suami. Tapi sekitar jam 10.20 malam tadi, anak memaklumkan ayah mereka sudah tiada,” katanya.
Jenazah akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Paya Panjang, Bukit Pasir.
Allahyarham meninggalkan sembilan anak dan seorang cucu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Risteena Munim, 32, dan Isa Khan, 28, yang telah pun selamat bergelar suami isteri, pagi tadi dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah itu telah disempurnakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 10.40 pagi.
Menerusi Instagram Live yang dibuat di akaun pemilik nama lengkap, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas ini, dia turur menzahirkan rasa syukur selepas semuanya berjalan lancar.
Semalam, turut dianjurkan ialah majlis malam berinai yang merakamkan ahli keluarga dan para jemputan mengenakan persalinan ala Bollywood.
Sementara pada majlis akad nikah, mereka sedondon mengenakan persalinan rona putih rekaan pereka fesyen Ezuwan Ismail.
Kenangan yang manis, ini dia antara foto keduanya yang turut diambil daripada rakan ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan mempelelai.
Malah foto hasil bidikan lensa daripada Budak Tadika yang dikongsikan Ruhainines juga turut mencuri tumpuan.
Dimanakah Anita Sarawak? Hilang tanpa berita dan tidak meninggalkan sebarang jejak, kelibat bintang hebat itu tidak lagi kelihatan hampir 10 tahun apabila dia meninggalkan kediamannya secara tiba-tiba.
Penyampai radio, Linda Onn menerusi laman Instagram menyatakan kegusaran apabila tiada sebarang khabar mengenai penyanyi Seksis itu. Malah dia meluahkan kerinduan apabila tidak lagi menerima panggilan telefon daripada diva ternama itu.
“ These pictures in my laptop make me miss you more Kak Nita. You used to call me – I didn’t call you coz I segan (maklumlah you’re a diva, I am just..). So, whenever you called me, i felt delighted. Wahh…Anita Sarawak is on the phone!
“And all of a sudden, no more calls from you. No more “Lindaaaa (Kak Nita’s style)…kak nita nak tanyaaa niiii…aaaa”. And when i tried to call you, a nyonya picked up the phone.. “No..no..this is not Anita lorrr”
“Kak Nita, wherever you are, I wish you could read this coz I really miss you and I believe I am not the only one missing you,” luahnya.
Luahan Linda nampaknya turut dirasai peminat yang lain dan rata-rata mengharapkan agar Anita Sarawak muncul semula dalam industri bagi mengubat kerinduan.
Terdahulu, Anita Sarawak menghilang secara tiba-tiba daripada radar industri seni tanah air tanpa sebarang khabar berita hampir 10 tahun lalu.
Foto : Instagram Linda Onn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!