Penyanyi terkenal, Noraniza Idris menafikan terbabit dalam kemelut yang melanda projek Skim Rumahku Syurgaku (RKSK) anjuran pihak pemaju MRF Consultant (M) Sdn. Bhd.
Tegas Noraniza yang turut mesra disapa Kak Ani, dia tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek terbabit kerana tiada sebarang perjanjian hitam putih antara pihaknya dengan syarikat pemaju tersebut.
“Seingat saya, perkenalan kami adalah sekitar Ramadan lalu di sebuah majlis berbuka puasa. Saya diperkenalkan oleh rakan kongsi dari NIPV Management Sdn Bhd dengan individu daripada syarikat itu yang berminat untuk mempelawa saya untuk menjadi duta program kebajikan.
“Saya terbuka hati untuk menerima pelawaan itu secara lisan memandangkan saya sekian lama aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Hasrat saya cuma nak tolong rakan-rakan artis veteran yang susah, tiada kerja dan tiada rumah,”katanya.
Noraniza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Royal Chulan, di ibu kota, malam ini.
Selain itu, Noraniza menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan lantaran kerana perkenalan itu dibuat oleh rakan kongsinya.
Ads
“Selepas isu ini tular, saya yang berusaha mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak pemaju itu bagaimanapun ‘digugurkan’ daripada ‘perjanjian’ tersebut,”katanya.
Tambah penyanyi ini lagi, dia turut mengingatkan selebriti yang berminat dengan projek tersebut supaya mendapatkan maklumat terperinci skim itu supaya tidak ada perkara berbangkit di kemudian hari.
“Saya juga berpesan kepada mereka supaya tidak membayar melebihi RM10 kerana wang tersebut akan disalurkan ke akaun peribadi pihak terbabit.
Ads
“Lagipun saya tidak mengetuai projek itu sebaliknya hanyalah pemudah cara kepada rakan-rakan artis,” ujarnya.
Terdahulu, difahamkan pemaju hartanah yang memperkenalkan skim Rumahku Syurgaku telah menawarkan rumah berharga RM500,000 kepada penggiat seni atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Noraniza kemudiannya ditampilkan sebagai duta Pelancongan Seni dan Budaya serta Pemegang Amanah menerusi skim yang disebut khidmat sosial amal jariah membantu ummah itu.
Mengikut perjanjian, penggiat seni hanya perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga terbabit.
Namun, dakwa pihak pemaju, jika ada selebriti ingin mendapatkan rumah berharga RM1 juta, mereka hanya perlu membayar RM10,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal bergandingan menerusi lagu Gurauan Berkasih bersama, Siti Nordiana ada memberikan pesanan buat peserta Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6), Naqiu agar terus konsisten di dalam memberikan persembahan terbaik buat juri dan peminat.
Katanya kepada MH, peluang datang hanya sekali dan sebolehnya, cuba manfaatkan untuk habiskan sebuah lagu itu sesempurna yang mampu.
“Setiap minggu cuba untuk kekalkan momentum. Harus diingat, kita punya peluang hanya datang sekali.
“Kita hanya ada lebih kurang tiga minit untuk buktikan sesuatu kepada juri dan peminat.
“Saya sendiri sudah pun melakukan sesi latihan bersamanya dan InsyaAllah kami akan cuba sampaikan lagu tersebut dengan sehabis baik.
“Apatah lagi lagu ini antara banyak yang meninggalkan memori, nostalgia yang imbau kenangan lama dalam kerjaya saya,” katanya yang turut memberi pesan kepada bintang itu supaya menjaga kesihatan sepanjang pertandingan.
Berkongsi pandangannya terhadap vokalis kumpulan Boboy itu pula, juara GV musim kedua ini menyifatkan Naqiu sebagai penyanyi yang menyampaikan sesebuah lagu dari hati.
“Kita sedia maklum dia lama menyepi dan kembali beraksi di pentas GV. Pandangan saya mengenainya, dia sebenarnya penghibur yang menyanyi dari hati.
“Bila dia menyanyi itu sepertinya dia bercerita yang sekali gus membuatkan penonton senang ‘tangkap’ apa yang ingin disampaikan.
“Secara tak langsung, ia buatkan setiap persembahan yang dipersembahkan itu diingati,” terang Nana yang turut menasihati Naqiu agar terus terapkan sikap merendah diri serta menghormati semua orang.
Terdahulu, Duet diangkat sebagai tema dalam saingan keempat konsert GV6 dan setakat ini, dua bintang sudah pun tersingkir dalam saingan iaitu Mazleeda dan Amer Sofazr.
Gurauan Berkasih merupakan lagu nyanyian asal Nana bersama Allahyarham Achik Spin yang dilancarkan pada akhir 90-an.
GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aduhai, dua tida hari ni kecoh kembali mengenai isu selebriti yang pakai barangan tiruan atau lebih sinonim dengan kata ‘slang’ sekarang iaitu ‘fufu’.
Ramai yang bercakap soal ini tetapi tidak ramai pula yang kongsikan mengenai cerita selebriti kita yang edit gambar mereka di Instagram supaya nampak runcing, lebih cerah dan macam-macam lagi hingga kurang elemen ‘legitnya’ (asli).
Kiranya, Fufu atau legit ni tak terhad pada jenis barangan yang dipakai saja, tapi kalau edit gambar sampai over dari wajah sebenar pun boleh dipanggil ‘kegiatan fufu’ juga kan?
Nah, cuba korang tatap beberapa foto selebriti wanita kita ni. Rasa korang, foto tersebut sejenis ‘fufu’ atau ‘legit’?
Janna Nick
Azira Shafinaz
Kilafairy
Rozita Che Wan
Uqasha Senrose
Siti Sarah
Datin Alyah
Farah Nabila
Puteri Aishah
Ainul Aishah
Apa pun, tak kata selebritilah sebab rasanya hampir semua pengguna media sosial gunakan aplikasi cantikan wajah sebelum muat naik dimedia sosial kan? Tepuk dada, tanyalah selera!
Foto: Instagram selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian foto dan video daripada usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial menjadi sorotan warganet pada Khamis.
Ini kerana Aliff dan isterinya,Datin Seri Nur Shahida dilihat selesaimelunaskan tanggungjawab sebagai Muslim yang baik dengan membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Luah Rasa Syukur
Meluahkan rasa syukur, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, menitipkan dedikasi mengenai perkara itu di Instagram.
“Bukan niat nak meriak atau bangga diri. Tetapi sesungguhnya ia bertujuan sebagai pemangkin atau memberi semangat kepada individu atau syarikat yang mempunyai lebihan pendapatan untuk sama-sama memberi zakat buat mereka yang sangat sangat memerlukan.
“Ingat keberkatan setiap sen yang mengalir itu sangat mustahak. Jesteru marilah menyumbang kepada Lembaga Zakat di atas setiap hasil keuntungan yang kita jana.
“Alhamdulillah selesai sudah menyempurnakan majlis penyerahan zakat pagi tadi di Wisma PKPS Shah Alam.
“Semoga apa yang kita sumbangkan ini mampu membantu sedikit sebanyak insan yang memerlukan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen dan hantaran sama turut dikongsikan Shahida.
Selain pasangan usahawan sensasi ini, turut kelihatan pada majlis sama ialah Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal yang turut hadir menyerahkan zakat perniagaan mereka.
Sebelum ini, Aliff pernah diisytihar sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor pada 2022.
Ramai Memuji
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira dan meninggalkan reaksi positif terhadap apa yang dikongsikan penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu.
Malah hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 12,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.