Penyanyi, Arrora Salwa teruja apabila berpeluang berlakon di bawah dua syarikat produksi besar iaitu Skop Production dan Zeel Production selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza 11 (GV11).
Menurut Arrora, kemunculannya di GV11 telah membuka mata banyak pihak seterusnya memberi peluang buat dirinya untuk mencuba bidang lain.
“Sejak dahulu lagi, saya memang sudah mula berlakon. Cuma platform dahulu tidak sebesar sekarang. GV11 ini yang membuka pandangan semua orang bahawa Arrora Salwa ini masih wujud.
“Saya teruja bila dapat bekerja bersama dua syarikat produksi besar. Saya tertarik dengan komen penerbit, Hj Zeel, dia kata dahulu saya tak lawa. Sebab itu dia tak nak ambil saya berlakon.
“Saya akui perkara itu. Dahulu saya kerap menangis tepi katil. Kini, mungkin wajah saya ada sedikit kelebihan dan peningkatan,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu Ahmad itu berkata sedemikian ketika ditemui di Malam Gala dan Sesi Bertemu Peminat Gegar Vaganza (GV), baru-baru ini.
Bidang Lakonan Lebih Seronok Dari Nyanyian
Malah, Arrora turut menyifatkan bidang lakonan ini lebih menyeronokkan berbanding nyanyian.
“Pengalaman berlakon ini sangat menyeronokkan dan istimewa buat saya. Saya akui diri ini memang tak boleh menyanyi tapi saya suka bercakap.
Ads
“Seronok bila boleh menjadi orang lain ketika berlakon. Jadi, saya tak rasa penat itu. Saya enjoy setiap momen ini. Berbeza pula dengan bidang nyanyian. Saya tahu kekurangan saya.
“Kalau menyanyi lagu yang sesuai dengan kita, itu saya okay. Bila bawa tugasan mencabar, konsep pertandingan dan ada juri, itu akan buat saya tertekan,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia akan meninggalkan kerjaya sebagai pramugari bagi memberikan sepenuh tumpuan dalam bidang seni, Arrora memaklumkan dia tidak boleh membuat keputusan terburu-buru.
Ads
“Selepas tamat sahaja GV11, saya belum ada waktu rehat lagi. Saya masih ada jadual penggambaran dan saya sudah kembali bertugas sebagai pramugari.
“Buat sementara waktu ini, saya akan teruskan dengan kerja hakiki saya. Selepas ini, mungkin saya akan lihat semula sejauh mana jaminan kerja di dalam bidang seni ini.
“Jika segalanya terjamin dan memberangsangkan untuk dua tahun ke depan ini, mungkin saya akan pertimbangkan pekerjaan saya yang sekarang,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer yang terkenal dengan lagu Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Menurut pegawai perhubungan awam penyanyi itu, Elaine Schock dalam satu kenyataan kepada pihak media, Roberta meninggal dunia di rumah dengan di kelilingi oleh keluarganya.
Pada tahun 2022, penyanyi bersuara lunak itu mengumumkan yang dirinya tidak lagi mampu menyanyi kerana menghidap ALS atau biasa dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig.
Imbas kembali perjalanan kerjayanya, selepas menghabiskan hampir 10 tahun sebagai guru sekolah di Washington D.C. dan membuat persembahan malam, Roberta menjadi terkenal di seluruh dunia pada tahun 1972, selepas versi “The First Time Ever I Saw Your Face” nyanyiannya dipaparkan dalam filem lakonan Clint Eastwood.
Lagu itu sebenarnya telah dikeluarkan tiga tahun lebih awal dalamalbum sulungnya terbitan Atlantic Records. Namun ia dikeluarkan sebagai single hanya selepas filem itu dikeluarkan.
Dalam beberapa minggu sahaja lagu tersebut berada di kedudukanNo. 1 pada carta Billboard. Kejayaan ini diulang semula sebanyak dua kali lagi, dengan lagu berhantunya “Killing Me Softly With His Song” pada 1973 dan “Feel Like Makin’ Love” pada 1974.
Lebih mengujakan, pada 1973 dan 1974 juga, dia memenangi Anugerah Grammy untuk ketegori Record of The Year, dan dalam kedua-dua tahun itu juga komposer lagu hitsnya memenangi kategori Song of The Year.
Dilahirkan sebagai Roberta Cleopatra Flack di Black Mountain, North Carolina, pada 10 Februari 1937, artis ini dibesarkan di Arlington, Virginia, berdekatan dengan Washington, D.C.
Keluarganya yang besar dan berbakat dalam muzik mempunyai kecenderungan terhadap muzik gospel, dan sejak kecil, dia mula bermain piano. Bakat luar biasanya membawanya meraih biasiswa muzik ke Universiti Howard di Washington pada usia hanya 15 tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Timothée Chalamet sekali lagi mencipta sejarah dalam dunia hiburan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Pelakon Filem Lelaki Terbaik di Screen Actors Guild (SAG) Awards.
Pelakon berbakat besar ini membawa pulang trofi berprestij itu menerusi lakonannya sebagai Bob Dylan dalam filem “A Complete Unknown”, menjadikannya pelakon lelaki paling muda pernah menang dalam kategori tersebut.
Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh Nicolas Cage, yang menang menerusi filem “Leaving Las Vegas” pada tahun 1995 ketika berusia 31 tahun.
Namun, Timothée yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-29 pada Disember lalu berjaya memintas rekod itu dan mencatat sejarah baharu dalam industri perfileman.
Menerusi ucapannya, kekasih kepada Kylie Jenner itu secara terbuka menyatakan impiannya untuk menjadi antara pelakon paling hebat dalam sejarah Hollywood.
“Saya tahu industri ini penuh dengan pendapat berbeza, tapi hakikatnya saya benar-benar mahu mencapai tahap yang luar biasa. Saya nak jadi antara yang terbaik.
“Saya terinspirasi dengan legenda-legenda hebat dalam industri ini, termasuk Daniel Day-Lewis, Marlon Brando, Viola Davis dan juga ikon-ikon sukan seperti Michael Jordan & Michael Phelps. Saya mahu berada di tahap mereka,” katanya penuh bersemangat.
Kemenangannya sekaligus mengubah dinamik perlumbaan Oscar tahun ini kerana Adrien Brody disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem “The Brutalist”.
Namun, selepas timbul kontroversi penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu Brody menghasilkan loghat percakapan Hungary, pujian terhadap filem itu dan lakonannya mula merosot.
Jika Timothée berjaya membawa pulang Oscar untuk Pelakon Lelaki Terbaik, dia akan mencipta satu lagi sejarah sebagai pemenang termuda dalam kategori tersebut, menewaskan rekod yang dipegang oleh Adrien Brody menerusi filem “The Pianist” pada tahun 2003.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Fasha Sandha menyatakan rasa teruja apabila berpeluang bertemu sahabatnya yang juga pelakon terkenal Nur Fazura, ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir anak pengarah Along Kamaludin, pada Ahad.
Menerusi pertemuan tersebut, Fasha dilihat memeluk erat Fazura sambil menitipkan kata-kata semangat.
Menurut Fasha, Fazura diakuinya sebagai seorang wanita dan ibu yang hebat serta cekal dalam menghadapi pelbagai ujian hidup.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.