Demi mencari pengalaman, Stacy menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila mengakui menjahit sendiri persalinan baju raya anak dan suaminya, penyanyi Akim Ahmad.

Katanya menerusi Instagram, baju raya sedondon dalam rona merah pekat itu adalah hasil tangan sendiri dan ia merupakan suatu pengalaman menarik tetapi melucukan.

“Selamat hari raya aidilfitri semuaa.. Salam mohon maaf diampun segala salah silap yang ada?? Inilah hasil tangan baju Raya kami tahun ini. Pengalaman yang sangat best dan lucu tapi yang penting dapat pengalaman best tu.

 

“Baju kurung saya ni jadi singkat sebab si chichal kecik tu. Kita sudah asingkan kain yang sudah digunting pastu dia boleh kacau pula..mami terpotong pendek dan sempit sebab ingatkan itu kain untuk beyya.

 

“Pastu pengalaman baju eshaal pula mau 2 ke 3 kali alter sebab badan dia kecik sangat hahahaha…,” tulisnya yang turut berkongsi kisah lucu ketika proses menjahit baju Melayu Akim.

Kongsi penyanyi Raja ini, suaminya tidak putus-putus mengingatkannya supaya membuat potongan tulang belut di leher sehingga mengabaikan jahitan untuk membuat poket pada baju.

IKLAN

“Sibuk dia ingatkan tikam tulang belut di leher tu sampai mami lupa buat poket baju melayu. Smlm tengah masukkan duit raya baru perasan tiada poket baju dia adoii..punya kecewa. Macam baju kurung lah juga dady pakai cuma tiada skirt.

 

“Beginilah kalau hasil tangan amatur..yang penting pengalaman lah kan?habis rumah atuk diorg penuh bling2 tu sebab jatuh2 hahaha..Tu lah ying,i dah cakap jangan suruh i jahit..hansull jadinyaa hahahaha..Selamat hari raya semuaaa!!,” tulis Stacy sambil disambut baik para peminat menerusi ruangan komen.

“Sibuk Ingatkan Tikam Tulang Belut Di Leher Sampai Lupa Buat Poket,” – Stacy Jahit Sendiri Baju Raya Famili

IKLAN

Sehingga kini, perkongsian yang dibuat penyanyi berkenaan sejak lima hari lalu itu sudah pun mendapat lebih 80,000 tanda suka.

IKLAN

Foto: Instagram Stacy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI