Pelakon yang paling hangat diperkatakan ketika ini, Syafiq Kyle mengakui perkara paling menyeronokkan setiap kali tibanya bulan Ramadan ialah apabila diberi kesempatan dan memberi ruang terbaik buatnya dalam sisi meningkatkan amalan, seterusnya menjadikan diri lebih baik berbanding sebelum ini.

Jelasnya kepada MH, setiap tahun dia akan cuba memperbaiki setiap khilaf yang dilakukan, seiring dengan kematangan diri.

“Perkara paling menyeronokkan setiap kali tibanya puasa ialah apabila kita cuba untuk tingkat dan jadikan diri kita lebih better dari hari ke hari. Sebab kalau nak dibandingkan dengan ibadah puasa terdahulu, saya mungkin tidak sebaik puasa tahun ini.

 

“Jadi setiap tahun saya akan cuba perbaiki diri. Itulah keseronokannya bila tiba bulan puasa,” akui Syafiq yang bakal muncul menerusi telefilem berjudul Mentari sempena Syawal nanti di samping Zahirah MacWilson.

“Siapa Yang Mengenali Saya, Kenallah…” – Syafiq Kyle

Pada masa sama, bekas finalis Hero Remaja ini juga tidak menolak, sisi audit diri bersempena dengan kedatangan Ramadan tidak hanya tertumpu kepada dirinya semata, tetapi umat Islam lainnya juga.

IKLAN

“Rasanya bukan saya saja. Mungkin di antara ktia pun turut sama mahu memperbaiki diri, menjadi individu yang lebih baik,” terangnya.

Sementara itu, ditanya adakah sukar untuk menjadi bintang bernama Syafiq Kyle setelah berhadapan dengan turun naik skala populairiti dan kerjaya, bintang berusia 25 tahun ini mengakui dia sendiri tidak mampu untuk mentafsirkan hal tersebut.

Sebaliknya dia tidak menolak kejayaan yang diraih adalah hasil kerja semua pihak.

IKLAN

“Siapa Yang Mengenali Saya, Kenallah…” – Syafiq Kyle

IKLAN

“Saya tak tahulah menjadi Syafiq Kyle ni macam mana. Saya daripada dahulu hinggalah sekarang macam ni saja. Siapa yang mengenali saya, kenallah.

 

“Cuma rasanya setiap kejayaan bukanlah secara perseorangan, tetapi turut melibatkan yang lain seperti pihak pengurusan, produksi drama yang saya lakonkan dan sebagainya,” akhiri Syafiq. 

Syafiq ditemui media di majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan perlantikannya sebagai duta produk Al Nayra di De’Gouffron, Taman Pinggir Tun Dr. Ismail, pada Jumaat.

Terbaru, sebuah video dikatakan mempunyai wajah dan nama hampir sama dengan pelakon berkenaan yang difahamkan sedang melakukan aksi panas menerusi video call sudah pun menjadi tular di media sosial.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155666290873435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI