Shuib Beraya Dengan Watie, Sedondon Dengan Anak-Anak

Share

Usahawan dan penyampai radio, Shuib berkongsi sekeping foto rayanya buat tatapan umum.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, turut kelihatan pada gambar berkenaan ialah kekasihnya, Watie dan ibu Shuib, Salamiah Jalani.

“Bismillah… Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Sehingga kini, foto berkenaan sudah pun menerima lebih 200,000 tanda suka dengan pelbagai komen yang ditinggalkan warganet.

Terdahulu, Shuib tampil mengakui dia kini sedang dalam persiapan mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Jun tahun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN