Shima Anuar Tak Suka Kongsi Kehidupan Peribadi Di Laman Sosial

Pelakon cantik yang kini sedang hamil tujuh bulan, Shima Anuar menerusi satu sumber mengakui rimas dengan segelintir pihak yang membuat andaian sendiri hanya kerana dia jarang berkongsi kehidupan peribadinya di laman sosial.

“Semenjak kahwin dan mengandung pula sekarang, saya tak suka tunjuk kehidupan peribadi di laman sosial.

 

“Apabila saya buat macam tu, ada pula orang yang tak puas hati dan pertikai. Itu yang membuat saya rimas sebenarnya,” katanya kepada Mstar Online.

Pelakon ini berkata, dia tidak suka untuk berkongsi hal peribadinya kerana tidak mahu dituduh suka menunjuk.

“Kalau selalu masukkan gambar nanti orang cakap macam saya seorang sahaja ada suami, orang cakap saya nak tunjuk bahagia.

 

“Serba-serbi tak kena, ada sahaja yang orang nak pertikai. Saya pun tak faham dengan mereka,” ujarnya.

Menurut Shima lagi, dia ada mengadu kepada suami tentang hal ini namun begitu suaminya hanya menyuruh dia untuk tidak mengendahkan perkara itu.

IKLAN

Katanya lagi, dirinya yang kini sedang hamil mempunyai emosi yang kurang stabil oleh itu dia mengambil langkah untuk tidak berkongsi hal peribadi di laman sosial supaya tiada kata-kata negatif yang mengganggu emosinya.

Dalam pada itu, Shima memberitahu kandungannya dalam keadaan sihat dan dia dijangka bersalin pada pertengahan bulan Disember di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Shima berkata lagi, buat masa ini dia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon kerana mahu memberi keutamaan terhadap kandungannya.

Semoga Shima dan bayi dalam kandungan sentiasa diberi kesihatan yang baik sehingga saat melahirkan nanti dan kami di MH Online mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

IKLAN

Buat Shima juga, jangan ambil pusing dengan kata-kata kurang enak daripada segelintir pihak yang sentiasa berfikiran negatif.

Sudah menjadi lumrah manusia memang ada segelintir yang kurang senang melihat kehidupan orang lain.

Sumber: Mstar Online