Shima Anuar Dedah Berat Badan Pada Usia Kandungan Cecah 32 Minggu, Minta Peminat Berteka-Teki

Share

Pelakon, Shima Anuar ada berkongsi sekeping foto yang menperlihatkan perbezaan berat badannya sewaktu mengandungkan anak pertama dan kedua.

Kedua-dua foto tersebut diambil ketika usia kandungan mencecah 32 minggu. Lalu, menerusi ruangan kapsyen, bintang Highland Towers itu meminta peminat untuk berkongsi apa yang ingin disampaikannya.

“Maksudnya apa..? Sila comment mitos, fengsui, ramalan anda dibawah. Kita lihat siapa yg kena,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan tanda palang #justforfun #janganserioussangat.

Serentak dengan itu, netizen mulai memberi pandangan masing-masing. Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi ibu beranak satu itu.

Shima Anuar telah selamat bernikah dengan Mohd Solih Toha, 41, pada 8 April tahun lalu.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan cahaya mata pada 12 Disember 2017 yang diberi nama Marian Sophia Mohd Solih.

Foto: Instagram Shima Anuar

IKLAN