Shazroul AF4 Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Pada Usus

Share

Selepas hampir dua minggu bertarung nyawa akibat jangkitan kuman pada usus, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Shazroul Fazlie dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 6.20 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Memetik laporan Berita Harian, adik kepada Allahyarham Shazroul, Nurul Ikmal Zahari, 30, seperti yang dipetik berkata, selepas empat hari ditempatkan di di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL, Shazroul dipindahkan ke wad biasa.

Sepanjang menerima rawatan di hospital, memang tiada perubahan ketara abang akan kembali pulih. Ketika itu, kami bertawakal dengan apa sahaja ketentuan Allah.

“Insya-Allah, kami sekeluarga akan menyempurnakan pengebumiannya, esok.

“Jenazah akan dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan disemadikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana,” katanya.

Penyanyi berusia 34 tahun ini jatuh sakit secara tiba-tiba pada 10 September lalu.

Malah, berat badannya juga turun secara mendadak daripada 61 kilogram kepada 45 kilogram.

Shazroul sebelum ini pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan nyanyian Asian Television Melody Festival di Vietnam pada tahun 2012.

Foto : Berita Harian

IKLAN