Shahir Kaki Sembang, Kaki Propa, Penipu?

Kalau anda masih ingat sebelum berakhirnya pentas AF Megastar, salah seorang peserta pertandingan itu, Shahir Zawawi telah dikaitkan dengan kontroversi dengan melibatkan seorang peramugari bernama Mona.

Terbaru sekali lagi nama Shahir menjadi sebutan di media sosial selepas namanya dikaitkan dengan kontroversi yang juga melibatkan seorang wanita, Raudhatul Ain Rosni yang mendakwa Shahir sebagai penipu dan kaki propa.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Raudhatul menerusi akaun Facebooknya sendiri. Dia telah membuat beberapa perkongsian tentang Shahir dan kelihatan dirinya begitu marah dengan penyanyi tersebut.

“Kaki sembang
Kaki propa
Penipu
Baik la juga tapi propa lebih,” tulis Raudhatul di salah satu perkongsiannya.

IKLAN

Salah satu daripada perkongsian Raudhatul ini menunjukkan screenshot perbualan menerusi aplikasi whatsapp bersama Shahir. Dilihat Shahir merayu kepada Raudhatul untuk memberikannya sedikit waktu untuk membayar segala hutang kepada wanita tersebut.

IKLAN

Diharapkan segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: Facebook Raudhatul Ain Rosni