Tidak dinafikan, tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan satu perkara yang mudah dan sangat memberi cabaran.
Baru-baru ini, pelakon Shaheizy Sam ada memuat naik sepotong rakaman video siri komedi, Take CTRL yang memaparkan tindakan yang dilakukan penjaga untuk mengawal tingkah laku anak-anak.
“Who has papa and mama like this at home yang memang kaki control?Comment below and let us know macam mana your parents control you. 5 Ways How Parents Control Their Kids! Full video on YouTube,” tulisnya.
Sebagai seorang bapa, pelakon utama siri tersebut percaya dan yakin semua para ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk permata hati mereka.
“We know semua ibu bapa nak yang the best untuk anak-anak. But sometimes, it can get out of hand,” tulisnya lagi menerusi entri yang lain.
Selain Sam, siri komedi sebanyak enam episod ini turut dibarisi pelakon pembantu hebat seperti Hana Mazlan serta para pelakon pelbagai bangsa antaranya bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Chi Ho, Jinnyboy dan ramai lagi.
Ads
Jangan lupa untuk saksikan Take CTRL pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di saluran TA-DAA (612), mulai 29 Januari ini.
Ads
Anda juga boleh menonton video coretan penuh menerusi pautan video di bawah;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shaheizy Sam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada ‘influancer’ popular, Athisha Khan iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed memberikan dedikasi istimewa selepas anak tersayang selamat bergelar isteri pada Sabtu.
Memohon doa moga bahtera perkahwinan diberkatiNya, Kartini turut bersyukur kerana majlis raja sehari dipermudahkan.
Ucapan tersebut dikongsikan Kartini yang juga ibu kepada Neelofa itu di dalam hantaran terkininya di Instagram.
“Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan.”
“Syukur alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan anakanda @athishakhan dan juga pasangannya haiqal siang tadi.
“Mama doakan semoga Allah SWT mengikat cinta kalian seperti utuhnya cinta Adam dan Hawa yang datang dari syurga.
“Semoga perkahwinan ini menjadi medan bertambahnya iman serta taqwa dalam diri kalian. Semoga zuriat yang bakal lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, Amiin,” tulisnya.
Video yang kini ditonton hampir 100,000 kali itu turut merakamkan detik indah Atisha dan pasangan.
Terdahulu, Athisha sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Wan Amirul Haiqal dengan sekali lafaz dan asangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Abdul Halim Khan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.
Bintang media sosial berusia 24 tahun itu menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pihak lelaki.
Difahamkan, mereka berkenalan sejak 10 tahun dan mengikat tali pertunangan pada 19 Januari lalu.
Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom manakala Wan Amirul merupakan graduan Ekonomi dari Universiti Coventry, England.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang disayangi ‘pergi’ pada usia yang masih muda. Pada 12 November 2021 yang lalu, penyanyi Chris Daughtry dan isteri, Deanna Daughtry telah mengumumkan bahawa anak mereka, Hannah Price,25, meninggal dunia.
Hannah merupakan anak hasil perkahwinan Deanna yang pertama. Walaupun begitu Chris sudah menganggap Hannah seperti anaknya sendiri dan hubungan mereka rapat walaupun dia hanya bergelar bapa tiri. Ekoran kejadian tersebut, banyak spekulasi liar berkaitan kematian Hannah tersebar. Kini tiga bulan berlalu, barulah mereka bersedia untuk berkongsi tentang punca kematian anak mereka itu.
Dalam satu kenyataan media yang diberikan secara eksklusif kepada portal People, keluarga ini menyatakan bahawa Hannah telah membunuh diri di bawah pengaruh dadah.
Menurut kenyataan tersebut, “Anak perempuan kesayangan kami, Hannah Price meninggal dunia pada 12 November 2021 yang lalu. Banyak spekulasi telah dicetuskan sejak itu. Kini setelah siasatan penuh telah selesai dilakukan oleh pihak berkuasa, kami boleh berkongsi maklumat yang lebih lanjut.”
Hannah telah menggantung diri di rumahnya dan dijumpai oleh teman lelakinya yang kemudian menghubungi pihak polis. Sejak kecil lagi, Hannah dikatakan bergelut dengan masalah mental dan selalu keluar dan masuk pusat rawatan selama bertahun-tahun.
“Beberapa bulan selepas kehilangan ayah kandungnya yang juga membunuh diri, Hannah pula terlibat dalam satu insiden yang mana dia menjadi mangsa dan terkena tembakan di muka. Kami melakukan segala yang kami mampu untuk menyokongnya dan mendapatkan bantuan yang dia perlukan untuk pulih daripada tragedi ini sekali gus mengembalikan hidupnya ke landasan yang betul,” jelas kenyataan itu lagi.
Keluarga Chris Daughtry juga ada menyebut yang sebelum Hannah membunuh diri, mereka ada membuat rancangan bersama dengan mendiang supaya dia mendapatkan rawatan dan tinggal berdekatan keluarga.
Pada pagi kematiannya, keluarga ini memberitahu lagi yang Hannah ada menghubungi mereka menyatakan yang dia bimbang akan keselamatannya selepas mendakwa teman lelakinya mendera secara fizikal dan mengambil keretanya.
Mereka segera menghubungi Jabatan Polis Daerah Fentress untuk melakukan pemeriksaan. Namun begitu setelah mendapat mengesahan dari Hannah sendiri yang dia dalam keadaan yang baik, pihak polis berlalu pergi tanpa tindakan lanjut.
Semasa kejadian menyayat hati tersebut berlaku, Chris Daughtry ketika itu sedang dalam siri jelajah konsert muziknya. Mengambil keputusan membatalkan siri jelajah yang seterusnya, dia pulang kepangkuan keluarga untuk menghadapi waktu sukar. Sehingga kini, penyanyi itu tidak memuat naik sebarang hantaran baharu di laman Instagramnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Anugerah Meletop ERA 2021 (AME2021) ditunda susulan peningkatan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat.
AME2021 sepatutnya berlangsung jam 9 malam esok.
Astro selaku penganjur membuat keputusan berkenaan bagi mengutamakan keselamatan semua pihak dan memohon maaf kepada semua yang terbabit.
“Kami dengan ini ingin memohon maaf kepada semua yang terbabit terutamanya barisan artis, para penaja, rakan-rakan niaga, penonton khususnya pengundi dan kru produksi di atas kejadian tidak diduga dan di luar kawalan kami ini.
“Sekali lagi, ingin ditekankan di sini bahawa keputusan ini diambil kerana keselamatan mereka yang terbabit sentiasa menjadi keutamaan kami,” demikian pengumuman rasminya.
Astro menegaskan, pihaknya juga sentiasa menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan setiap mereka yang terbabit dengan mana-mana produksi terbitannya.
“Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang sudah ditetapkan pihak berwajib sentiasa menjadi keutamaan kami.
“Di samping itu, kami sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif untuk melaksanakan pemeriksaan pra kesihatan dan ujian saringan Covid-19 secara menyeluruh ke atas semua yang terbabit sebelum bermulanya mana-mana program terbitan Astro.
“Sebelum acara berlangsung sejumlah individu telah dikenal pasti perlu dikecualikan berdasarkan pemeriksaan pra saringan kesihatan ke atas kesemua yang bakal menyertai produksi AME2021.
“Mereka termasuk yang harus menjalani proses kuarantin kendiri dalam tempoh waktu seperti yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Walaupun mereka dikesan lebih awal dan tidak dibenarkan masuk ke lokasi rakaman AME2021, kami tetap mengambil langkah lebih berjaga-jaga,” katanya.
Astro juga tidak ingin mengambil sebarang risiko berkenaan dengan keselamatan mana-mana pihak memandangkan statistik harian semakin meningkat.
AME2021 bakal ditunda ke sebuah tarikh lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...