Tidak dinafikan, cabaran dan tahap kesabaran yang tinggi perlu diterapkan dalam diri setiap ibu bapa yang perlu membesarkan anak autistik. Selain tekanan emosi dan perlu menjalani kos terapi ada di antara keluarga yang terpaksa berhadapan dengan stigma sosial, selain diberikan tanggapan kurang tepat terhadap anak-anak autistik ini.

Atas kesedaran tersebut dan bersempena dengan Hari Autism Sedunia, ia sekali gus mendorong Butik Wardia untuk menganjurkan kempen jualan kebajikan di dalam usaha untuk mengumpul dana bagi membangunkan Austism Cafe Project.

Pengasas Butik Wardia, Ali Ikhwan Mohd Noordin turut melahirkan rasa syukur kerana dapat membantu dengan cara tersendiri seterusnya meraikan kanak-kanak istimewa menerusi penganjuran kempen itu.

“Ia adalah untuk memberikan kesedaran orang ramai terhadap kemampuan remaja autism dalam industri pekerjaan dan juga untuk menyumbang dalam program pembangunan remaja dan kanak-kanak autism. Sebahagian hasil jualan akan diserahkan kepada tabung Autism Cafe Project,” terangnya. 

Dalam pada itu, beberapa jenama tudung turut mengambil peluang bersama-sama membantu dalam misi mengumpul dana, termasuk Sherry Scarves yang diusahakan pelakon dan ahli perniagaan, Sherry Ibrahim.

Ads

Bercakap mengenai kerjasama tersebut kepada MH, Sherry,35, mengakui kesedaran untuk membantu kanak-kanak menghidap autisme mulai wujud apabila sering bersua dengan kanak-kanak istimewa itu.

“Saya ada juga kenalan yang mempunyai anak austism. Dapat lihat kesabaran ibu bapa dalam menjaga dan bagi saya, kita juga perlu memahami mereka supaya sisi komunikasi itu akan menjadi lebih mudah. Mereka juga golongan yang tidak perlu dibeza-bezakan.

 

“Jadi sebab itulah membuatkan hati terdetik untuk bekerjasama, apatah lagi ia merupakan sesuatu yang memberi manfaat besar terhadap masyarakat,” katanya kepada MH sejurus ditemui di majlis pelancaran program berkenaan di Butik Wardia, Melawati Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bakal berlangsung sepanjang bulan ini, kempen tersebut turut melibatkan beberapa jenama lain seperti Marshmellow Scarf, Sofearose, Qaalbee, iBawal dan banyak lagi.

Ads

Dalam perkembangan lain, Sherry yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama 70 episod, Syurga Yang Kedua ini mengakui masih menungguh naskah drama terbaik untuk dilakonkan, biar seiring usia dan penampilannya yang berhijab.

“Masih tunggu naskhah yang sesuai. Ada beberapa tawaran yang datang tetapi saya kena teliti terlebih dahulu skripnya sebelum membuat apa-apa keputusan.

 

“Yelah, dengan penampilan sekarang, penerimaan saya terhadap seseuatu watak yang ditawarkan sudah mulai berubah. Kalau dulu mungkin ambil sahaja. Namun kini perlu sedikit selektif,” katanya jujur.

Sementara itu, Sherry juga turut memaafkan segelintir netizen yang masih tidak putus-putus memberikan sindiran atau kritikan berhubung beberapa isu melibatkannya sebelum ini.

Ads

“Tak mengapalah… its okay. Saya maafkan mereka. Sebab kalau kita memaafkan, ia secara tidak langsung akan tunjukkan siapakah diri kita yang sebenar. Bagi saya setiap apa yang berlaku dalam hidup pasti ada hikmah sekali gus membuatkan diri kita lebih matan dan baik daripada sebelumnya.

 

“Jadi buat apa kita nak samakan diri kita dengan mereka yang suka menyindir itu. Mereka boleh cakap apa saja dan ia mungkin tiada kena-mengena dengan kita. Usah samakan diri kita dengan orang lain.

 

“Malah andai kita diam pun, ada segelintir yang masih bercakap. Apa yang telah berlaku sebelum ini, saya maafkan semuanya. Itu lebih baik, insyaAllah,” akhiri Sherry optimis.

Foto: Sherry Ibrahim dan Butik Wardia

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 1 April 2018

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI