Rapper yang juga merupakan anggota kumpulan, K-Clique, MK menyifatkan kemunculan grup baru, Force Park Bois bakal menyerikan lagi industri muzik hip-hop tempatan.
Menurut MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, dia akan sentiasa menyokong mana-mana grup atau penyanyi yang ingin memartabatkan muzik hip hop ke tahap yang lebih tinggi.
“Saya tak anggap kehadiran mereka itu sebagai satu persaingan tetapi lebih kepada melahirkan suasana yang sihat untuk industri muzik hip hop ini terus hidup.
“Mungkin sekarang K-Clique agak senyap dan ini masanya untuk Force Park Bois pula menyinar. Bila mereka muncul dan memartabatkan muzik hip hop, alhamdulillah, saya percaya industri ini akan lebih meriah,” katanya kepada MH.
MK berkata sedemikian saat ditemui di majlis pra tonton pengenalan filem, Rompak yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.
Ketika ditanya adakah K-Clique berasa tercabar dengan kehadiran grup yang berasal dari Johor Bahru ini, MK menjelaskan setiap pihak punyai jalan dan rezeki mereka yang sudah pun tertulis.
Ads
“Setiap grup itu ada jalan mereka sendiri. Rezeki pun Allah dah tetapkan untuk diri masing-masing. Alhamdulillah, mereka juga dah sampai ke tahap yang mereka inginkan.
“Saya juga turut bangga dengan pencapaian mereka lebih-lebih lagi bila mengangkat muzik hip hop ke tahap yang lebih tinggi. Tahniah saya ucapkan buat mereka.
“Untuk K-Clique pula, kami juga akan tetap teruskan dengan perjalanan muzik kami. Visi kami juga sama untuk menaikkan nama muzik hip-hop ini,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Force Park Bois telah mencipta sensasi menerusi single mereka yang berjudul Lotus yang kini telah meraih lebih 16 juta tontonan di Youtube.
Ads
Dalam pada itu, MK turut mengakui karier muziknya ketika ini berjalan dengan agak perlahan memandang dia kini harus memberikan sepenuh perhatian terhadap projek lakonan.
Malah, bintang asal Sabah ini turut merasakan tempoh pandemik ini bukan waktu yang sesuai untuk melancarkan lagu-lagu baru.
“Untuk muzik MK sendiri mungkin agak ke belakang sikit tetapi muzik saya bersama K-Clique masih lagi menjadi keutamaan.
“Pada pendapat saya, dalam keadaan sekarang ini, untuk keluarkan single baru agak tidak sesuai. Saya ini sejenis performer yang suka buat persembahan secara langsung.
“Saya seronok bila ada crowd atau dapat jemputan untuk menghadiri program-program luar. Dengan keadaan sekarang yang hampir pulih, InsyaAllah akan ada perancangan yang menyusul.
Ads
“K-Clique juga akan terbitkan album pertama kami pada tahun ini. Segalanya masih lagi dalam proses pembikinan,” ujarnya lagi.
Selepas membintangi filem, Marabahaya Underground, MK bakal muncul menerusi filem terbaru yang berjudul Rompak.
Jelas MK, dia berasa amat bertuah kerana diberikan kesempatan untuk berlakon bersama pelakon-pelakon hebat seperti Zizan Razak dan Tony Eusoff.
Filem ini bakal memulakan sesi pengambarannya pada bulan Februari dan dijangka akan siap pada Jun ini.
Rompak bakal menjadi filem pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang mengetengahkan konsep ‘Non-Fungible Token’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Misya Omar tidak dapat menahan sebak dalam ucapannya bersempena dengan ulang tahun kelahiran individu paling istimewa baginya yang juga merupakan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.
Menurut Misya, Datuk Syafinaz merupakan antara individu yang paling banyak berjasa di dalam kariernya terutamanya dalam mengembalikan semula keyakinannya terhadap dunia nyanyian.
“Selamat Hari Jadi Datuk Syafinaz Selamat. My Teacher, My Superwoman, My Mentor. Siapa macam Kak Mitch, bila cakap pasal cikgu korang je airmata senang nak meleleh. Ke sebenarnya Kak Mitch ni cengeng melebih-lebih.
“Im sorry okay. Susahnya nak buat ucapan pada orang yang hebat macam cikgu Kak Mitch ni sebab jasa dia terlalu besar. Tak tau nak balas dengan apa tapi pada dia yang simple sangat tu. Belanja makan cake je dia dah happy dah.haha,” tulisnya.
Menerusi video dedikasi yang dimuat naik di laman Instagram, penyanyi lagu Tanpa Rela turut menitipkan doa semoga semoga Datuk Syafinaz sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama orang sekeliling.
“Mari kita sama-sama ucapkan happy birthday to her ok? Kita sama-sama doakan biar Allah selalu kasihi cikgu kak Mitch ni. Sihat selalu, cantik selalu, bahagia selalu. Aminnn!
“Type pun nangis ni. Ni take yang ke 5 sebenarnya. Tetap jugak Kak Mitch Nangis. Tak tau nak edit macam mana. Aaahhh biarlahh. I love you, cikgu,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebab menyaksikan video berkenaan selain turut sama menitipkan ucapan hari lahir buat Datuk Syafinaz.
Sumber: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi perkembangan anak bongsu, Ayash Affan yang baru dua hari berada di rumah selepas dibenarkan pulang dari hospital selepas sebulan mendapatkan rawatan dan pemerhatian.
Menurut Shuib, anak keempatnya itu makin sihat dan tidak banyak ragam.
“Dua hari dah Daddy dengan Ayash. Alhamdulillah anak yang sihat, baik, tak banyak perangai. Nangis pun kadang-kadang je, tapi bila nangis tu saja je biarkan lama sikit sebab suara nangis Ayash tu terlalu sedap didengar.
“Semoga terus sihat dan semoga jadi anak yang soleh, doakan kami ya,” tulisnya di Instagram.
Dia pada masa sama turut berkongsikan gelagat tiga anaknya yang turut sama ikhtiar mahu sama-sama menjaga adik mereka bersama.
Pelakon, Benjy Ibrahim yang juga merupakan anak kepada aktres senior, Allahyarham Azean Irdawaty dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad.
Memetik laporan Astro Awani, perkhabaran duka itu dikongsikan sendiri oleh bapanya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.
“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” katanya menerusi sebuah mesej yang dihantar menerusi kiriman WhatsApp sebentar tadi.
Menurut Khairil yang kini sedang diuji dengan penyakit strok, dia dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat serangan Asma.
Katanya lagi, urusan pengebumian anaknya itu juga difahamkan akan disempurnakan di Medan.
“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi,” ujarnya seperti yang dipetik.
Terdahulu, pada tahun 2017, Benjy telah dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi tokoh apabila komposer dan pemuzik terkenal, Ross Ariffin, yang dilaporkan meninggal dunia petang semalam pada usia 63...