“Setiap Hari Dia Mengadu Sakit Dan…,” – Adik Neddim Hidap Hemangioma, Fiza Sabjahan Mohon Sumbangan

Share

Penderitaan adik Muhammad Awal Neddim yang mengidap penyakit Hemangioma tular di laman sosial hingga mendapat perhatian golongan selebriti.

Lalu hos popular, Fiza Sabjahan turut merayu sumbangan dari ramai pihak bagi meringankan beban kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, kos keseluruhan berjumlah RM65 ribu diperlukan bagi proses rawatannya di luar negara.

Menurut doktor, risiko melakukan pembedahan di sini sangat tinggi kerana ia telah merebak hingga ke tapak tangan dan mengakibatkan risiko membuang keseluruhan pergelangan tangan.

“Posted @withrepost • @s.akmasharin (Terima kasih rakyat Malaysia Yang perihatin..gara2 posting sblm ni,acc kepada ayah nedddim telah dblock,SBB over limit.jadi mereka telah membuka akuan baru).

“IBU2 TOLONG SHARE & VIRALKAN. Anda pasti faham perasaan anak kecil ini. *Sumbangan & Derma Kilat*

“Mohon bantu Adik Awal Neddim.

Ini adalah alternative akhir untuk Muhammad Awal Neddim.. Adik ini memerlukan rawatan di luar negara bagi menyelamatkan tangannya. Kos keseluruhan rawatan sebanyak 65k.

“Mohon bantuan org ramai sudi menderma & tolong adik adi Awal yg pengidap sakit hemangioma (venous malformation).

“Beliau telah dirujuk di hospital dan doktor telah memberitahu untuk menjalani pembedahan dan risiko disini amat tinggi kerana telah merebak hingga ke tapak tangan dan mengakibatkan risiko untuk membuang keseluruhan pergelangan tangan 99% (kudung).

“Setiap hari dia mengadu sakit & menangis.

“Saya sangat mengharapkan org ramai sudi menderma untuk Adik Awal walaupon RM1.. sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sekeluarga. Hanya Allah swt yg dapat membalas jasa kalian semua.

“Doakan semoga ada rezeki untuk adik Awal Neddim untuk buat rawatan. Sumbangan boleh di salurkan melalui no acc ayah kepada adik Awal Neddim:

*Maybank*

512035349856

*Muhamad shahril hassanudin*

Bank BSN

1099541100664983

SHAHIDATUL AKMA (Ibu awal neddim)

No tel : 0162802454

Facebook : Shahidatul Akma Sharin,” kongsinya di laman Instagram.

Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata simpati dengan nasib kanak-kanak itu dan mendoakan agar penyakitnya sembuh.

Foto : Instagram Fiza Sabjahan

IKLAN