Saat penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengerjakan umrah baru-baru ini, timbul cerita kononnya juara Gegar Vaganza musim kedua ini dikatakan sedang menjalin hubungan rapat dengan rakan artis, Zoey Rahman.

Pelbagai spekulasi dikeluarkan, lebih-lebih lagi apabila mereka difahamkan telah ke tanah suci untuk mengerjakan umrah bersama, dengan temani ahli keluarga dan rakan terdekat.

MH mengajukan pertanya apakah ada sebarang ‘update’ mengenai hubungan mereka berdua. Kalau betul sekali pun, ia tidak salah memandangkan masing-masing masih lagi solo. Bagaimanapun, kata Nana, buat masa sekarang, dia lebih selesa untuk berkawan. Bukan saja Zoey, tetapi dengan sesiapa sahaja asalkan ikhlas.

IKLAN

“Setakat Ini, Saya Boleh Pastikan Kami Tak Bercinta” – Respond Nana Dikatakan Rapat Dengan Zoey

IKLAN

“Setakat ini, saya boleh pastikan kami tak bercinta. Tidak ada hubungan, just bff saja. Mungkin sebab keduanya single jadi ada yang mengaitkan. Kalau dikatakan saya ni ada ciri-ciri wanita yang dicari Zoey, saya tak boleh nak cakap apa. Itu pandangannya dan saya hormati. Mungkin kebetulan saya ada ciri wanita yang disukainya. Tapi tak semestinya kami ada apa-apa,” akui Nana yang tidak menafikan, Zoey juga ada ciri lelaki yang disukainya.

 

“Ciri lelaki yang saya suka pun ada pada dia. Contohnya seorang yang cool, happening dan kelakar. Bagaimanapun, itu tak semestinya menunjukkan yang kami ni bercinta,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nana yang bakal terbang ke Tokyo, Jepun bagi melakukan penggambaran drama rantaian, Pengantin Musim Salju di samping Alif Satar mengakui sedang merancangkan untuk melancarkan single baru selepas Terus Mencintai.

IKLAN

“Lagu-lagunya sudah ada. Cuma dalam proses pemilihan lagu mana yang kita nak push untuk dijadikan single. Setakat ini saya sudah ada beberapa buah lagu. Insya-Allah, ikutkan perancangan mungkin single baru ini akan dilancarkan pada Mac depan,” akhiri Nana. 

https://www.youtube.com/watch?v=ADo2p3D5Cfk

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI