Pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengejutkan ramai pihak selepas memberikan bayangan dia kini tidak lagi bergelar isteri kepada Farhan Norzaini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.
“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.
“InsyaAllah masa merawat semuanya. Thank you for everything, take care,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Menerusi hantaran itu, Zulin turut memuat naik gambar hari pernikahan mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut memandangkan pasangan ini selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama di laman sosial masing-masing.
Kemeriahan Syawal semakin dirasai apabila kini tinggal dua minggu sebelum hari lebaran itu diraikan selepas sebulan genap berpuasa di bulan Ramadan.
Pastinya, pelbagai persiapan yang sudah dilakukan termasuk membeli baju raya untuk digayakan di pagi 1 Syawal nanti untuk kenangan bergambar bersama keluarga dan sanak-saudara.
Jika kaum wanita sibuk mencari baju kurung atau kebaya untuk digayakan, kaum lelaki juga tidak menang tangan memilih busana baju melayu yang menarik perhatian mereka.
Walau bagaimanapun, pelakon Azhan Rani sudah awal-awal memberikan ‘amaran’ bahawa dia tidak akan membenarkan lelaki yang memakai baju melayu ketat daripada menjejakkan kaki beraya di kediamannya.
“Semoga spesis baju melayu ketat-ketat ni jangan singgah rumah aku raya ni atau pastikan berada sekurang-kurangnya dalam radius 10 kilometer dari rumah aku,” tulisnya di ruangan kapsyen menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Dalam entri tersebut, Azhan turut memuat naik gambar seorang lelaki yang memakai baju ketat serba hitam.
Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Azhan dan menyifatkan baju melayu ketat adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal.
“Hambatkan kalau datang dekat abang.
“Nak pergi snorkeling ke pergi beraya?
“Manusia semakin pelik.
“Fesyen gila.
“Nak panggil ni panggil baju melayu pun rasa malu,” komen netizen.
Terdahulu, muzik video lagu raya baharu nyanyian seorang usahawan popular dikritik ramai gara-gara pemilihan baju melayu yang terlalu ketat sehingga dikatakan sudah menghilangkan identiti baju melayu klasik yang diwarisi dari zaman ke zaman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah mengharungi fasa susah ketika awal perkahwinan, penyanyi, Tajul Ariff menyifatkan perkara tersebut secara tidak langsung telah mematangkan dia dan isteri untuk terus bertahan menjalani bahtera rumah tangga.
Menurut Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md. Shari, suami dan isteri harus berkomunikasi dengan baik untuk menyelesaikan setiap masalah yang berlaku di dalam rumah tangga.
“Ada satu ketika, saya berada dalam keadaan yang agak susah. Pada waktu itu, saya masih lagi mencari tapak untuk memulakan hidup berumah tangga dan kukuhkan kewangan.
“Bermula saat itu, saya dan isteri mula belajar yang kita tidak akan sentiasa berada di atas. Ada masa kita di bawah. Barulah kami terfikir nak memulakan bisnes.
“Pucuk pangkalnya, kita perlu ada perbincangan diantara suami isteri. Kita kena ada perancangan. Bila ada masalah, apa yang perlu kita buat?
“Bila dah dapat apa yang kita mahukan pula, kena ingat ketika fasa susah. Ingat cabaran nak sampai ke tahap ini. Bila kita ingat waktu susah, kita tak akan sia-siakan apa yang kita capai sekarang,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu itu turut mendedahkan dirinya juga turut terkena tempias mengenai kisah-kisah pergolakkan rumah tangga melibatkan para selebriti.
“Biasalah perempuan. Bila dia baca mengenai kisah rumah tangga melibatkan para selebriti, dia pasti akan teringatkan saya.
“Tapi bagi saya mudah sahaja. Kita tak tahu nasib dan jodoh kita macam mana. Apa yang berlaku di luar, itu bahagian orang lain. Andai Allah kata jodoh kita berpanjangan, Alhamdulilah,” ujarnya lagi
Adik kepada penyanyi Allahyarham Achik Spin itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama syarikat rakaman artis, FMC Music di Hotel Tenera, Bangi baru-baru ini.
Pada masa sama, Tajul turut mengigatkan mereka yang ingin mengikut jejak langkahnya untuk berkahwin awal agar mempersiapkan diri sebelum membuat keputusan besar tersebut.
“Berkahwin muda ini ada susah dan senangnya. Ada manis dan pahit. Perasaannya bercampur baur. Nak bagi tips pun, rasanya saya belum cukup arif tapi boleh sahaja berkongsi pengalaman sendiri.
“Apa yang boleh saya katakan, kalau ada yang nak berkahwin pada usia muda, anda kena bersiap sedia tiga perkara ini iaitu kuatkan mental, sabar dan kukuhkan kewangan.
“Kalau tiada tiga perkara ini, rumah tangga tidak akan bertahan. Sebagai ketua keluarga, banyak perkara yang kita kena fikir. Bebanan pun banyak. Jadi, kena bersedia demi kebahagiaan kelurga,” akhirinya.
Sekadar informasi, Tajul dan isteri, Nurul Shamieza Eddie telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Disember 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana meraikan ulang tahun kelahiran keenam anak sulungnya, Syaikhul Islam bersama ahli keluarganya yang lain di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.
Berkongsikan momen-momen manis sambutan itu di InstaStory, Syaikhul dihadiahkan sebiji kek oleh ibunya yang turut disertakan dengan nyanyian lagu Happy Birthday daripada staf hotel berkenaan.
Sambutan secara sederhana itu tetap meriah biarpun tanpa kehadiran bapa Syaikhul, pengarah kontroversi, Syamsul Yusof.
Malah, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, turut menitipkan ucapan buat putera sulungnya itu agar menjadi anak yang baik dan seorang abang yang bertangunggjawab terhadap adik perempuannya.
“Jadi anak yang baik, jaga adik for mama,” tulis Puteri Sarah menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
Terdahulu, pada Selasa, Syamsul enggan menjatuhkan talak terhadap Puteri Sarah susulan isteri pertamanya itu enggan menarik balik tuntutan kes saman terhadap isteri kedua Syamsul, Ira Kazar dan keluarga.
Susulan itu, prosiding kes tersebut akan disambung semula pada 25 Mei depan.
Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan pempengaruh media sosial, Datuk Red sebagai ‘lelaki misteri’ yang diperkatakan sebelum ini terus jadi tumpuan utama sebaik sahaja dia muncul di acara Meet...