Selepas dua tahun tampil dengan imej berhijab, penampilan penyanyi dan pelakon, Cik Manggis sentiasa kelihatan ‘on point’ dan cantik mengikut arus peredaran fesyen semasa.
Menurut Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, 33, walaupun sudah bertudung dia tidak menghadkan style berpakaian sebaliknya cuba menyesuaikannya mengikut penghijrahannya.
“Saya daripada dulu memang tomboi sebenarnya, suka pakai baju besar-besar dan labuh.
“Masa saya free hair dulu pun saya suka pakai baju besar-besar, jadi bila saya dah berhijrah ni saya tak banyak nak kena tukar sebab it’s already in me (suka pakai baju besar),” katanya kepada MH.
Cik Manggis ditemui pada majlis Awesome TV 2023 Screening yang berlangsung di Hotel Grand Dorsett Subang pada Selasa.
Menurut ahli kumpulan De Fam ini, setiap kali keluar rumah, suaminya, Shazmin Firdaus akan membuat ‘spotcheck’ terlebih dahulu terhadap penampilannya agar ia tidak kelihatan janggal dengan imejnya.
Ads
Malah, Manggis juga mendedahkan cerita di awal penghijrahannya, suami ada menetapkan ‘syarat’ agar dia tidak sesekali memakai tudung bawal.
“Masa awal-awal saya pakai tudung, suami dah cakap pada saya, “jangan pakai bawal, pakai shawl sahaja”, jadi saya pun okay sahaja sebab dia kata saya pakai tudung bawal macam acik-acik.
“Ini yang dia rasa pada sayalah, tapi saya tengok orang lain pakai cantik sahaja.
Ads
“Sebelum saya keluar rumah atau perform di mana-mana, suami akan ‘spotcheck’ pemakaian saya terlebih dahulu.
“Tapi tak banyak sangat ‘spotcheck’ pun sebab saya sendiri dah beritahu stylist yang saya nak baju labuh dan besar.
“Dengan pemakaian saya sekarang ini, kalau sahya menari pun orang tak perasan, tak adalah nak menunjukkan badan ke apa,” kata Cik Manggis lagi.
Zarina Anjoulie mengumumkan sudah kembali rujuk dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas.
Pendedahan tersebut dibuatnya hari ini selepas menerima jambagan bunga istimewa.
Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul memberitahu keputusan tersebur dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik, lapor mStar.
Dia pada masa sama menjelaskan, mereka akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka.
“Ya, betul (rujuk)… kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.
“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik.
“Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Zarina ada memuat naik video kehadirannya ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka, 10 Februari lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Brunei pada tahun 2015 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biarpun seringkali memegang watak sampingan, namun Noorkhiriah menegaskan, kadang kala emosi pelakon pembantu lebih hebat daripada subjek utama.
Berpegang pada nawaitu mengapa memilih jalan sebagai anak seni, pelakon hebat ini turut memaklumkan, kecaman adalah makanan harian yang harus dihadapi setiap hari.
Untuk mecari sesuap nasi tidak mudah, anak seni harus berjiwa kental.
“Kdg2 background lagi elok dr objek..mcmtu gak dlm lakonan..pada adik2 yg baru up jadi pelakon jgn dikejar sgt watak utama..phm,semua impikan hero,heroin..hebat tu..kdg2 wtk pembantu lagi hebat permainannya,sungguh..tak caye korg try..watak utama mmg gajinya tinggi,muka sokmo kat paper tp kdg2 permainannya bkisar dlm circle itu saja.
“Watak pbantu jiwanya tunggang langgang..emosi turun naik..jgn malu bermula dari bawah.
“Apapun bbalik pada nawaitu kita..utk apa kita bgelar anak seni..utk menghadap kecaman di akhir zaman atau utk mcari rezeki setin sardin tuk alas perut sblm bjaya mcm Dato Rosyam Nor.
“Bila dah masuk dlm dunia lakonan..kena maki,kena sgala kena..hadapkan..jiwa kena kental..pandangan org pada yg bgelar artis ni jarang baiknya..ada je yg tak kena..anggap apa saja kecaman,teguran adalah dari Allah tapi disalurkan pada manusia..susah2 sgt off je komen..kkdg netizen ni mengundang rasa migrain sampai leh masuk air.
“Andai bjaya hadap,inshaAllah lamalah idup dalamnya walaupun kdg2 job setahun sekali tp sekali masuk..Hilang dimata dihati jangan,haderrrrrrrr,” kongsinya lagi.
Khabar duka menyelubungi penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, apabila pengurus kerjayanya, Selby Anwar, meninggal dunia pada Isnin, 3 Februari 2025.
Seperti diketahui umum, Selby telah berkhidmat dengan penyanyi tersebut sejak tahun 1993 lagi sejurus dia memenangi pertandingan Asia Bagus mewakili Indonesia pada tahun 1992.
Dari permulaan album pertamanya sehinggalah digelar Diva Indonesia, Selby sentiasa berada di sisinya untuk setiap pencapaian manis dan jatuh bangun kerjayanya.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Kisdayanti berkongsi rasa tentang kehilangannya dan memuat naik beberapa foto kenangan terakhir.
Sumber foto: Instagram KrisdayantiSelby bersama Krisdayanti ketika hidup.
“Terima kasih untuk bersama dari langkah pertama kita kak, 1993. Hingga sekarang melepaskanmu dan akan terus terpatri kerana hati dan kerja baikmu selamanya.
“I love you, damai di syurga ya,” tulis ibu kepada empat cahaya mata itu.
Dalam gambar yang dimuat naik bersama kapsyen tersebut, dapat dilihat Krisdayanti mengenakan pakaian serba hitam mengiringi jenazah pengurusnya itu ke rumah duka sehinggalah ke tanah perkuburan untuk disemadikan.
Jenazah Selby Anwar telah selamat disemadikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Pondok Benda, Pamulang, Tangerang Selatan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.