Nampaknya kemelut hak penjagaan anak kepada pelakon popular, Serina Redzuawan kini semakin panas apabila Serina memuat naik satu screenshot di akaun Instagramnya berhubung artikel dia bakal dipenjara daripada keratan sebuah akhbar.

Menurut ruang kapsyen Serina pula, dia telah meluahkan rasa geram kepada bekas suaminya, Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar kerana membuat tuduhan Serina melanggar perintah mahkamah.

“Wahh..Hebat nya permainan Lebai Gavin, buat tuduhan i langgar perintah hanya kerana benarkan anak anak tidur sebilik dengan Papa i? Di mana lojiknya seorang Atuk tak boleh tidur sebilik ngan cucu cucu dan mereka ni masih kecik. Lainlah kalau Isabella tu dan Anak Dara sunti umur dah belasan tahun. Lebih pelik perjanjian tu ikat My father bersama sedangkan Papa tak bersetuju apa apa.How about Gavin yg dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan & Hidup dengan Cara bukan Islam.

 

1- Bersekedudukan dan bermesra dengan wanita bukan Isteri di depan anak anak. Sehingga di tangkap khalwat!Dah malu dan takut terus kawin. Padahal dlm perintah mahkamah jelas dia kena jaga perilaku dan ikut cara Islam depan anak anak. Apa yg U all baca ni hanya lah write up yg Gavin spin nak kan perhatian dan publisiti murahan,pandai pulak cari media! Perbicaraan kami belum mula pun lagi sebenarnya.Ini bukan keputusan Mahkamah ya.Takpelah Gavin kalau nak berpura pura & mempermainkan Agama Islam Allah swt maha berkuasa u akan di beri balasan setimpal Oleh Allah swt di dunia mahupun di Akhirat. KIFARAH PASTI ADA. Kebenaran pasti akan terungkai tidak lama lagi. Allahuakhbar!,” tulis Serina panjang lebar.

Besar sungguh ujian dan dugaan Serina untuk mengambil semula hak penjagaan anak-anaknya daripada bekas suami.

IKLAN

Rata-rata peminat dan pengikut Serina, memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat pelakon kesayangannya ini agar terus kuat dan jangan berputus asa untuk mengambil semula hak penjagaan.

iammrsbeyya: U are so strong kakak . Keep strong and keep beutifull ?? Allah S.W.T ada

IKLAN

eidaaa2912: Allahukabar..semoga ada jln penyelesaian yg berpihak pada serina..insha allah..aamin

dydaadah: @serinaredzuawan : Semoga dipermudahkan urusan yer dik dan sentiasa dibawah rahmatNya… Fight and never give up…

IKLAN

iena_zalyena: Serina berdoa sentiasa mudahan allah permudahkan urusan serina…

Apapun, MH doakan agar segala urusan Serina dipermudahkan dan berharap pelakon ini terus kuat menerima ujian yang diberikan oleh ALLAH SWT. Sesungguhnya setiap perkara yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

Sumber: Instagram Serina Redzuawan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI