Pemenang trofi Hos MeleTop Anugerah MeleTop Era 2018, Nabil Ahmad mengakui pernah menerima mesej berbaur lucah menerusi laman instagram daripada peminat wanita yang mengajaknya untuk mengadakan hubungan seks di sebuah hotel.

Tambah pengacara dan pelawak ini lagi kepada MH, dia mengetahui perkara berkenaan dari isterinya, Zira yang memang memantau akaun Instagramnya sejak mendirikan rumah tangga.

“€œKalau nak dikatakan mengenai mesej yang sedemikian memanglah ada. Cumanya ada satu yang saya tak boleh lupa. Antaranya ada yang mahu berikan saya ‘unlimited full service’ di hotel. Kata Zira perempuan tu bertudung tapi saya pun tak tengok pun wajahya macam mana.

 

“Bila isteri cakap macam tu, saya cakap pada dia carilah mana-mana surah, bagi dekat perempuan tu supaya bertaubat. Semoga dia mendapat jodoh yang baik-baik,” katanya.

Memberi kepercayaan kepada isteri untuk memantau setiap platform sosial medianya, pengacara MeleTop di samping Neelofa ini mengakui tidak mahu melakukan sesuatu yang boleh menghancurkan keharmonian rumah tangga, hanya disebabkan oleh ‘godaan’ yang hadir daripada media sosial.

IKLAN

Seramnya Bila Nabil Ahmad Dedah Ada Wanita Tawar ‘Unlimited Full Service’ di Hotel!

“Kalau nak cerita bab-bab tu, saya memang takut sebab bagi saya, kebahagiaan rumah tangga itu ada pada isteri. Jadi, setiap apa komen atau mesej yang diberikan peminat, dia akan pantau dan tahu dulu. Saya okay saya minta isteri pantau sebab tiada apa yang perlu saya rahsiakan daripadanya.

 

“Rasanya rakan media pun sudah tahu kisah-kisah sensasi melibatkan saya sebelum berkahwin. Jadi bila sudah mulakan hidup baru bersama isteri dan anak-anak, saya nekad untuk tidak ulang kesilapan lalu.

 

“Anak-anak saya semuanya perempuan, bimbang kalau apa yang kita telah buat tu akan terjadi kepada anak kita sendiri kelak,” luah Nabil jujur.

Terdahulu, Nabil ditemui pada sidang media MVTV Asia – Inspirasi YES Malaysia #InspirasiGenerasiMuda – Disinilah Impian Bermula di Menara Kuala Lumpur, pada Isnin.

IKLAN

Pada majlis sama, bintang tersebut bersama beberapa selebriti terpilih lain turut diumumkan sebagai Ikon Belia Hiburan (Young Entertaiment Star – YES).

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI