Syarikat rakaman FMC Music sekali lagi mengambil inesiatif dengan merakamkan kembali lagu Mengusung Rindu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Achik dan kumpulan Spin.

Jika Malam Semakin Dingin nyanyian semula Afieq syazwan dan Tajul mendapat perhatian luar biasa, Mengusung Rindu pula menampilkan versi orkestra dengan gabungan empat vokal penyanyi lelaki hebat.

“Kami sengaja mencipta kelaianan demi kelainan supaya karya yang pernah popular itu mendapat sentuhan lain berbanding sebelumnya dan lebih wow,” kata C.F Ho, Pengarah Urusan FMC Music.

Haqiem Rusli juga teruja seterusnya menyatakan rasa terharunya.

“Saya suka mencuba sesuatu yang baru, eksperimentasi yang di lakukan di dalam lagu ini membuat kan saya sangat teruja.

IKLAN

“Tambahan pula apabila melibatkan gabungan 4 vokal penyanyi lelaki yang masing masing mempunyai karektor suara yang berbeza,” katanya.

“Seperti Projek Mega, Bila Muzik Diokestrakan…,” – 4 Vokalis Lelaki Teruja, Rakam Balik Lagu Nyanyian Achik Spin, Mengusung Rindu “Seperti Projek Mega, Bila Muzik Diokestrakan…,” – 4 Vokalis Lelaki Teruja, Rakam Balik Lagu Nyanyian Achik Spin, Mengusung Rindu

Dedikasi sama turut diluahkan Afieq Syazwan yang menyifatkan ia projek yang amat berharga bagi dirinya.

IKLAN

“Saya rasa ini seperti projek mega. Apabila muzik lagu ini di okestrakan dan disampaikan di dalam gabungan 4 vokal, ia merupakan sesuatu yang bukan biasa biasa.

“Sebelum ini saya sampaikan Layu Di Hujung Mekar secara solo dan Malam Semakin Dingin duet dengan Tajul sahaja, tetapi Kali ini melibatkan gabungan yang luar biasa.

IKLAN

“Rasa teruja bila dapat tahu Haqiem mahu terlibat sama di dalam mengusung rindu versi 2022 ini,” katanya yang turut diakui Tajul dan Zack Zakwan.

Sehingga kini, muzik video lagu berkenaan sudah pun menerima lebih 2.2 tontonan di YouTube selepas dilancarkan dua minggu lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI