“Sepatutnya Kami Tunggu Lebih Lama,” – Britney Spears Alami Keguguran, Kesal Umum Kandungan Terlalu Awal

Share

Kehidupannya penuh dengan cerita yang menarik perhatian ramai. Daripada seorang bintang pop terkenal sehinggalah kisah cinta yang penuh drama, ke perceraian dan kemudiannya kontroversi conservatorship, akhirnya Britney Spears berjaya mendapat hak untuk mengemudi kehidupannya sendiri.

Namun ada berita sedih dikongsikan oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Baby One More Time ini, dia mengalami keguguran anak hasil hubungan dengan tunangnya yang juga merupakan seorang model dan juga jurulatih kecergasan, Sam Asghari.

Dalam satu kenyataan bersama yang dimuat naik di Instagram. Pasangan ini meluahkan rasa kesal dan memohon privasi dalam masa yang sukar ini. “Dengan rasa kesedihan yang mendalam, kami mahu mengumumkan yang kami telah kehilangan bayi ajaib kami pada awal kandungan.

“Ini merupakan saat yang sangat dahsyat untuk mana-mana ibu bapa. Mungkin kami patut menunggu lebih lama untuk mengumumkan tentang kandungan tersebut, namun kami tersangat teruja untuk berkongsi berita baik tersebut,” ujar mereka dengan nada sedikit kesal kerana mengumumkan kandungan terlalu awal.

Walaupun begitu, pasangan ini menyatakan yang tragedi yang terjadi ini mengukuhkan lagi hubungan mereka.

“Cinta kami kepada satu sama lain merupakan kekuatan yang ada. Kami akan terus berusaha untuk membesarkan lagi keluarga ini. Kami juga sangat terharu dengan sokongan yang anda berikan selama ini. Tolong beri kami privasi untuk masa yang sukar ini,” ujar mereka dalam satu kenyataan yang ditulis bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluarga Sendiri Menyakiti Saya Lebih Dalam Dari Yang Anda Tahu,”- Britney Spears Mahukan ‘Keadilan’

Sekadar informasi, sebelum ini Britney mengumumkan yang dia sedang mengandung kira-kira sebulan lalu pada 12 April 2022. Peminat sangat teruja dengan pegumuman tersebut kerana ibu kepada dua cahaya mata ini sangat mahukan seorang lagi cahaya mata setelah dipaksa memakai alat pencegah kehamilan ketika berada dalam conservatorship

yang dikawal ayahnya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

IKLAN