Pelakon cantik, Niena Baharun baru-baru ini ada berkongsi pengalaman mengidamnya menerusi laman Instagram.

Kongsinya, dia tidak mengidam makanan tetapi ‘benda’ lain pula yang diingininya.

“Alhamdulillah, sepanjang pregnant ni takde alahan, makan semua okay tolak batu dan kayu je yang sememangnya tak boleh makan!

“Jumpa durian, melantak sampai 10 ulas lebih, cerita dekat doc tak pasal pasal kena bebel dan dia suruh limitkan makan durian. Nasib baik semua okay.

“Cumaaaaa yang terpendam daripada awal pregnant sampai sekarang nak tengok air laut yang kebiruan je. Adakah ini dipanggil mengidam?” kongsinya.

Tambahnya lagi, setakat ini dia masih lagi tak dapat apa yang dihajatinya berikutan suaminya risau untuk naik bot.

“Puas husband pujuk, nak ajak bawak pergi tempat lain tapi bukan pulau sebab dia risau nak naik bot, tak kira la bot tu besar ke kecik.

“Hmm ada ke yang pernah mengalami situasi ni?” soalnya pula.

IKLAN

Alahai, kasihan pula MH dengar kisah Niena ni. Harapnya, suaminya dapatlah tunaikan apa yang diingininya itu ya.

Sebelum ini, Niena berkongsi perihal dirinya mengandung semasa kandungannya memasuki minggu ke 13.

IKLAN

“Sepanjang Mengandung Takde Alahan. Cuma…,” Niena Baharun Kongsi Pengalaman ‘Mengidam’

IKLAN

Pelakon ini berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Aliff Firdaus Abdul Hadi, awal Februari lalu.

Namanya mula dikenali ramai menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz disamping Raja Afiq.

Foto:Instagram Niena Baharun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI