Dunia muzik antarabangsa hari ini meratapi pemergian vokalis lelaki terkenal, Carlos Marin, 53, yang meninggal dunia pada Ahad, setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Menchester Royal Medical Center, England pada 8 Disember lalu.

Kematian Carlos telah diumumkan oleh tiga lagi ahli kumpulan Il Divo yang lain, David Miller, Sébastien Izambard, and Urs Bühler menerusi laman web kumpulan tersebut.

“Sepanjang 17 Tahun, Kami Lalui Pengalaman Yang Hebat,” –  Il Divo Umum Ahli Kumpulan, Carlos Marin Meninggal Dunia

“Dengan berat hati kami memberitahu anda bahawa rakan dan ahli kumpulan kami, Carlos Marin, telah meninggal dunia. Dia akan dirindui oleh rakan-rakan, keluarga dan peminatnya. Tidak akan ada lagi suara atau semangat seperti Carlos,” kongsi Il Divo.

Sambung mereka lagi, “Sepanjang 17 tahun kami berempat melalui perjalanan yang hebat Il Divo ini bersama-sama, dan kami akan merindui sahabat tersayang kami. Kami berharap dan berdoa agar rohnya akan berehat dengan tenang.”

“Sepanjang 17 Tahun, Kami Lalui Pengalaman Yang Hebat,” –  Il Divo Umum Ahli Kumpulan, Carlos Marin Meninggal Dunia

IKLAN

Sebelum berita tentang kemasukan Carlos ke hospital tular, kumpulan klasikal moden ini telah menunda jelajah Konsert Krismas 2021 disebabkan sakit berterusan yang dihidapi mendiang.

Popular dengan paduan vokal yang memukau, Il Divo ialah kumpulan nyanyian yang terdiri daripada empat vokalis tenor dan bariton yang berasal dari empat negara berbeza. Urs Bühler berasal dari Switzerland, David Miller dari Amerika Syarikat, Sebastien Izambard dari Perancis dan Carlos Marín dari Sepanyol.

“Sepanjang 17 Tahun, Kami Lalui Pengalaman Yang Hebat,” –  Il Divo Umum Ahli Kumpulan, Carlos Marin Meninggal Dunia

“Sepanjang 17 Tahun, Kami Lalui Pengalaman Yang Hebat,” –  Il Divo Umum Ahli Kumpulan, Carlos Marin Meninggal Dunia

IKLAN

Mereka berempat telah disatukan bersama sebagai satu kumpulan oleh personaliti televisyen dan muzik terkenal, Simon Cowell. Kumpulan ini bernaung di bawah label Syco Records yang merupakan anak syarikat Sony Music.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Simon Cowell berkata, “Susah untuk digambarkan dengan kata-kata apa yang saya rasakan sekarang. Saya berasa sangat sedih dengan pemergian Carlos.

“Dia sukakan kehidupan, dia suka melakukan persembahan dan sentiasa menunjukkan apresiasi kepada peminat yang menyokong kumpulan tersebut sejak hari pertama. Rehatlah dengan tenang Carlos. Saya akan merindui kamu.”

“Sepanjang 17 Tahun, Kami Lalui Pengalaman Yang Hebat,” –  Il Divo Umum Ahli Kumpulan, Carlos Marin Meninggal Dunia

IKLAN

Sepanjang kerjaya mereka selama lebih 17 tahun, kumpulan Il Divo telah menjual lebih 30 juta album seluruh dunia. Kumpulan juga mencipta rekod apabila tiket konsert untuk album pertama mereka terjual lebih dua juta keping.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: (1), (2)

Kredit foto: Instagram Il Divo

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI