Pelakon antarabangsa, Kelly Preston dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad akibat penyakit kanser payudara.
Berita sedih dimaklumkan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, John Travolta menerusi laman media sosial Instagram.
Selain itu, John turut memberitahu isterinya menderita sejak beberapa tahun lalu.
“Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, Kelly telah pergi (meninggal dunia) selepas berjuang dua tahun dengan kanser payudara.
“Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai.
“Kelly akan terus dicintai dan diingati selalu. Saya akan mengambil beberapa tempoh untuk bersama dengan anak-anak yang kehilangan ibu mereka.
“Atas sebab itu, saya minta maaf sekiranya tidak mendengar khabar mengenai kami buat seketika, tetapi saya dapat rasai kasih sayang daripada anda semua,” tulisnya.
Kanak-kanak comel yang mencetuskan sensasi selepas dikatakan mempunyai wajah mirip Neelofa, Che Naura Auni telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-6 baru-baru ini.
Digelar ‘mini Neelofa’ oleh sesetengah netizen, Naura dilihat turut menerima hadiah istimewa daripada bekas hos MeleTOP itu.
“Alhamdulillah harini Naura dapat special gift fr her birthday tahun ni from Aunty Neelofa.
“Terima Kasih semoga dilimpahkan rezeki yang luas, dipanjangkan umur, Naura happy sangat,” tulis kapsyen pada satu posting di Instagram milik Naura.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para pengikutnya turut memberikan dedikasi selamat hari jadi buat Naura dan mendoakan agar urusan kanak-kanak itu sekeluarga dipermudahkan.
Terdahulu menerusi platform sama, Naura dilihat turut meraikan sambutan hari jadi, lengkap mengenakan gaun merah jambu persis seorang puteri cilik!
Terdahulu menerusi salah satu episod MeleTOP sebelum ini, Naura pernah diundang ke set bagi bertemu dengan Neelofa buat kali pertama selepas wajah mereka yang dikatakan seiras menjadi tular di media sosial.
Pelakon, Abby Abadi ada memuat naik foto ketika melawat primadona yang juga merupakan sahabat selebritinya, Erra Fazira di hospital.
Difahamkan, Erra ditahan di hospital buat sementara waktu kerana disyaki mengidap demam denggi, sejak beberapa hari lalu.
Pada masa sama, bintang yang sinonim menerusi siri Gerak Khas ini turut mendoakan semoga sahabatnya itu lekas sembuh dan segera dikeluarkan dari hospital.
Pelakon versatil, Rita Rudaini ada memberi dedikasi buat anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini.
Memuat naik foto sambutan hari jadi yang diraikan secara sederhana tetapi meriah, Rita menerusi ruangan kapsyen ada mengenang momen sebelum bersalinkan anak pertamanya itu.
“Buah hati pertama, sentimental value. Bila dia lahir, smua org hepi mcm sambut menang peperangan. Mommy, daddy,maktok, tokwan, paklong, paksu n famili, kak wanie, aunty sis, smua tggu dia lahir.
“Dah dlm labour room tiba2 teringin nk mkn cheese cake n coffee cbtl, daddy nya turun beli. Makan mmg xingt dunia mcm lupa nk beranak.
“Tengahari dia nak kluar tp xbole sbb mommy xpandai..1st time kann…dah terbelit tali pusat ,doc kena forceps..tp xle jugak.
“Last skali vacum la…kluar je ‘eh? Nape sebijik daddy ni. Okaylah xkisah, anak kami jugak,” tulisnya.
Rita pada masa sama turut mendedahkan sikap anaknya yang dahulunya pendiam ketika kecil, tetapi kian mulai memahami akan situasi yang dialaminya.
“Alhamdulillah, masa kecik susah nk senyum, pendiam tp fokus dgn apa yg dia buat. Anak yg byk tgk susah senang mommy, airmata mommy.
“Anak yang byk belajar dr kesusahan mommy..ank yg byk faham perasaan mommy…ank yg membesar dgn seribu satu kisah kami.
“Tak sangka…ank ini ‘dipilih’ utk jd ketua keluarga kami. AIRIT RAYYAN RIZQIN, moga akhlak mu seindah syurga. Besar nnti protect mommy dgn adik ye.
“Jangan main2 ek,sy ada 2 ank lelaki yg strong dr kecik lagi, hehehe,” seloroh Rita.
Serentak dengan hantaran tersebut di Instagram, para peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan selamat hari jadi buat Rayyan dan mendoakan kesejahteraan anak sulungnya itu.